Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Apa sebenarnya yang dinilai dalam percakapan, pengucapan atau sesi interaksi dalam Assessment Center, Temuduga dan penulisan esei/debat? Adakah ianya sekadar ‘keyakinan’ atau attitud yakin diri sahaja?
Ianya seakan sesi wajib dalam pengambilan pekerja sekarang.. bagaimana anda bercakap dan melontarkan idea anda. Ramai calon yang ‘belasah’ dan ‘redah’ sahaja semua sesi ini tanpa tahu betapa ianya sangat penting dalam menonjolkan ‘kehebatan’ anda. Boleh dikatakan ianya adalah ‘determining factor’ dalam membuat keputusan memilih calon yang sesuai dengan jawatan.
Perkara pertama yang perlu dalam menyediakan diri anda dalam semua sesi yang disebutkan di atas ialah ‘pengetahuan’. Rasanya tak perlu dihuraikan tentang isu ini. Apa yang penting ialah, sediakan diri anda dengan pengetahuan yang secukupnya, peka dengan isu-isu semasa terutama isu-isu nasional. Yang kedua ialah daya mengaitkan isu-isu dengan soalan yang ditanya. Contohnya apabila bercakap tentang isu pembuangan bayi, sudah tentu anda nampak lebih berpengetahuan jika dapat kaitkan isu tersebut dengan isu masalah sosial dan penyelesaian melalui ‘Human Genome Project’. Sudah tentu anda akan berada terkedepan kerana bukan sahaja bercakap tentang isu utama (isu buang bayi) tetapi memberikan faktor penyumbang (isu masalah sosial) dan penyelesaian (isu Human Genome).
Dalam kata lain, anda sedang membina reputasi anda sebagai seorang yang berpengetahuan luas dan peka dengan isu. Tetapi ianya harus disertakan dengan skil pengucapan dan perbincangan yang bagus. Anda harus berlatih untuk bercakap dengan baik, menonjolkan idea dengan penuh toleransi atau terbuka dalam menerima pendapat orang lain. Hal ini bergantung kepada situasi sebagai contohnya dalam Assessment Center selalunya ada 2 sesi yang berbeza. Jika sesi yang dijalankan ialah ‘perbincangan’, isu yang harus diketengahkan haruslah terbuka untuk berbincang dan anda harus buang keadaan ’saya mahu menang’ dan tukarkan kepada ’saya seorang yang terbuka’. Tetapi jika ianya satu sesi debat, ‘attitude’ anda ialah ‘isi saya adalah yang terbaik’. Ada ketika anda perlu berteloransi bagi menonjolkan jiwa ‘keterbukaan’ dan boleh menerima pendapat orang lain, dan ada ketikanya anda perlu berkeras bagi menonjolkan ‘ketegasan’ yang menjadi tunjang pemimpin yang berkredibiliti. Dalam kata lain, anda sedang membina reputasi sebagai seorang yang boleh berbincang dan sebagai seorang pemimpin yang berprinsip.
Pada situasi manapun anda berada, nilai dahulu kehendak ujian. Itu terletak kepada kebijakan anda dan ketahuilah bahawa setiap sesi yang bakal anda lalui sepanjang proses pemilihan dalam menjawat jawatan dalam kerajaan telah dirancang dan mempunyai skop nilaian yang tersendiri jadi mengapa anda hadapinya dengan sambil lewa?
Adakah anda seorang yang
BIJAK BERCAKAP
atau
PANDAI BERCAKAP?
Apa pendapat anda?
p/s : untuk difikirkan bersama...
1 comment:
Adakah anda sedang mencari bantuan kewangan, Adakah anda sangat memerlukan bantuan kewangan?
Lihatlah Tiada lebih jauh kerana syarikat Gochel Kewangan di sini untuk memberikan anda jumlah pinjaman yang anda minta dengan syarat anda akan dapat membayar balik pinjaman.
Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 4% tanpa pemeriksaan kredit dan jaminan 100%.
Anda boleh hubungi kami untuk apa-apa jenis pinjaman termasuk pinjaman kereta, pinjaman perniagaan, Pinjaman Rumah, Pinjaman Startup, dan lain-lain melalui e-mel AM_CREDIT@OUTLOOK.COM
Untuk maklumat lanjut atau untuk memohon e-mel kami dengan butir-butir di bawah.
Umur:
Nama penuh:
Jumlah Diperlukan:
Tempoh Pinjaman (masa bayar balik):
negara:
bandar:
Alamat Tetap:
seks:
Nombor telefon:
Pendapatan bulanan:
pekerjaan:
Keluarga terdekat:
Alamat rumah:
Alamat pejabat:
Nombor telefon:
Adakah anda memahami bahasa Inggeris:
pekerjaan:
Setelah maklumat ini diterima oleh syarikat saya, prosedur pinjaman akan bermula pantas menghubungi kami melalui e-mel AM_CREDIT@OUTLOOK.COM
Post a Comment