Thursday, June 21, 2012

IPOH Part 1

assalamualaikum w.b.t


selamat pagi dan semoga sahabat-sahabat semua sihat sejahtera hendaknya.. ^_^
kali ni aku nak kongsikan cerita ngan anda semua pasal perjalanan kami semalam ke Bandar Ipoh..
Tujuan..?? hahhaa.. kami nak pi ke Jabatan Alam sekitar untuk wat sedikit research.. research lah sangatkan.. hahhaha.. semoga beroleh..

btw, aku dapat rasakan yang semalam perjalanan kami sangat dipermudahkan..
bermula daripada pengurusan masa, orang yang kami jumpe, pertolongan yang kami perolehi dan sebagainya.. fuh... syukur diberikan kesempatan untuk merasai nikmatNya..

1st of all, kami pada mulanya nak sewa kereta untuk memudahkan urusan kat ipoh memandangkan kami x tahu tempat bangunan JAS tue.. so, pada anggapan aku kalau naik bas sangat sukar sebab kami x tahu tempat-tempat kat ipoh tu.. so, aku call semua kereta sewa yang ada d Tanjung Malim ni, tapi semua full.. ada yang cuti.. budak2 degree pulak semua dah kat kg.. so, kereta sewa memang susah nak jumpa.. last2 kami naik bas... pada awalnya nak naik bas SKS.. tapi, bas SKS ke Ipoh akan gerak jam 11.30 pg.. alamak!! kami kena ada kat JAS tu jam 11.30 pgi.. =.=' so, kami dah neves! hahaha.. last2 kol mak yam (kereta sapu) minta hntr kat pekan untuk tanya bas kat sana.. jam dah tunjukkan jam 8.20 pagi.. then, tetibe mak yam bg taw ada bas ke Ipoh jam 8.30.. gilerr.. punya pecut mak yam bawa keta.. hahahah.. akhirnya, kami sempat naik bas ke Ipoh.. dipermudahkan sangat urusan kami.. alhamdulillah..


sesampai jak kat medan gopeng, kami still blurr mcm mana nak pi Bangunan Seri Kinta tempat terletaknya pejabat JAS tue.. so, dengan penuh keyakinan saya memberanikan diri tanya pemandu bas kami tu, hahahah.. then sekali lagi urusan kami dipermudahkan, pak cik itu sangat baik dan dia pada awalnya bersetuju akan menurunkan kami di tempat yang sangat dekat dengan bangunan seri kinta tue.. tetapi 2 saat sebelum bergerak, pak cik tue ternampak bas ipoh transit.. pak cik tue turun dari bas, then dia pi jumpa pemandu bas transit tu untuk bertanya.. pergghh.. terharunyer aku masa tue.. then pak cik tue suruh kami naik bas transit tue supaya memudahkan perjalanan kami.. kami pun trun semula dari bas tukar ke bas transit tue.. kehkehkeh.. makacih pakcik!! >.< 
(pak cik itu berbangsa india) 

naik bas transit plak satu hal, aku yakin jak bg taw pak cik tue, kami nak ke bangunan Seri Kinta, BAIK! dia bg tiket bas dan aku bayar.. x mahal pun.. Rm5.20 untuk 4 orang.. kami ambik tempat duduk belakang memandangkan area depan dah penuh.. nak dijadikan cerita, tiket bas kami tue tak bg taw pun tempat turun.. so, aku dah mula neves.. cam ne ni..? errr... kami sekali lagi beranikan diri pi tanya pemandu bas.. tapi kali ni aku buli dean suruh pi tanya.. hahahha.. kata orang 'malu bertanya sesat jalan'.. hiihihi.. hikmahnya, pemandu bas tue setuju akan turunkan kami di tempat yang berhampiran.. dia akan roger kalau dah sampai.. tapi, rupa2nya pemandu bas tue hanya taw kawasan 'seri kinta' bukan Bangunan Seri Kinta.. hahaha.. lawak! so, pemandu bas turunkan kami kat kawasan Seri Kinta tue.. walaupun pak cik tak taw bangunan tu tapi pak cik memang yakin nak tolong kami.. luv u pak cik..!! hahaha! 
(pak cik itu juga berbangsa india) 
\
kami ambik teksi, then minta hantar ke bangunan Seri Kinta.. hehehe.. nasib baik pak cik teksi tue tahu.. jaraknya tak lah jauh sangat.. tambang rm 6 sahaja.. dapat plak pemandu teksi yang baik dan peramah.. so, saya ambik kesempatan tanya banyak soalan cara2 pergerakkan kalau naik bas kat ipoh.. so, dia terangkanlah satu2.. sekali lagi urusan kami dipermudahkan fuhhh..!! pemandu teksi bg kami name card dia mana taw ada pa2 masalah atau nak minta hntr dia pi mana2.. hahaha.. makasih ya pak cik..! kami pun sampai tempat nak dituju! Bangunan Seri Kinta! hehehe..
(pak cik itu berbangsa melayu) 

so, dalam jam 11 pagi mcm tue kami sampai kat tempat yang dituju.. perut..?? tak yah cakap.. kami LAPAR.. L.A.P.A.R.. hahhaa.. so, kami singgah makan nasi lemak jap sebelum jumpa pegawai JAS.. tepat pada waktunya, kami pun berjumpa ngan pegwai JAS tue.. alhamdulillah, sekali lagi urusan dipermudahkan...  masa lebih kurang 1 jam 30 minit itu kami gunakan untuk bertukar2 idea dan hasilnya agak memuaskan... hehhee.. 

sekian dulu untuk part 1.. 
kita berhenti berehat ya.. hahhaa.. peccah otak aku nak recall semula memori semalam.. ahahhaa..! kita bertemu semula pada part 2.. urusan yang lebih dipermudahkan.. lokasi??? Batu Gajah.. hehehe.. aktiviti kebajikan bebudak debat.. kehkehkeh.. ^_^


p/s : anda senyap.. saya juga senyap.. anda boleh buat.. saya juga boleh buat.. fuhH! jauh perjalanan luas pemandangan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...