Saturday, August 3, 2013

#6 HARUS TERPISAH KETIKA AIDILFITRI

Assalamualaikum wbt...

alhamdulillah, baru skrg ada masa untuk berpeluang menghupdate blog ni.. 
semalam waktu untuk berehat.. kodok rehat setelah penat lelah selama seminggu...
btw, untuk entry ke #6 ni aku nak mengarut pasal berhari raya..


seperti kebiasaannya, moood hari raya aku tahun ni akceli tak sperti tahun2 sebelumnya,
kenapa..?? sebabnya tahun ni aku tak dapat bersalam2an dengan ahli keluarga di sabah..
nak beli baju raya pun x da nafsu... almaklumlah, beraya di tempat org kan.. 
kalo aku pakai baju lama pun bukannya org kg taw aku pakai baju lama... 
lagi pun baju lama masih elok.. so, wat apa nak membazir... bersederhana sahaja tahun ini..
baju tshirt seluar sukan sajorh dah ok.. solat..? kain sarung pun jadilah.. 
kain sarung baru tu kira berpakaian serba baru gak lah.. hehehe... (walaupun)

HARUS TERPISAH... 


HARUS TERPISAH di aidikfitri ini.. macam biasa.. korang kena klik play kat 
video tue baru feel baca post aku ni.. haaaaaa...

tahun ni aku beraya kat kelantan.. diikutkan hati nak balik ke sabah.. tapi bila fikir semula, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.. :

1. Kos... cuti 2 minggu dan tiket tak beli lagi sebab lambat taw tarikh cuti sekolah 
menyebabkan aku berfikir 10x untuk balik ke sabah... harga tiket, masa singkat berada di sabah, 
dan lain2 perkara lagi buat aku ambik keputusan mcm ni..

2. Pengalaman, yup... seperti kebiasaannya.. aku seorang yang suka kepada perkara baru... selagi mana ia tidak melanggar hukum tuhan maka aku akan berusaha untuk mencari ruang dan peluang... dan kali ini aku ambik keputusan untuk merasai pengalaman aidilfitri di tanah serambi mekah.. dengar kata aidilfitri di kelantan x meriah.. dorang lebih meraihkan aidiladha.. so, nak gak aku merasa suasana tidak meriah itu... selain itu, pengalaman beratur panjang dalam kereta pun pengalaman baru jugak... jem sebab ramai balik kg... setiap tahun hanya tgk dalam berita shj... kali ni..?? aku akan merasa..

3. Menghargai... kaitannya pa..?? kalo korang nak belajar merasa menghargai dan dihargai korang perlu merasa perpisahan... saat ini korang akan merasa betapa sayangnya korang kepada ahli keluarga... dan betapa disayanginya korang oleh seseorang... ujian perpisahan ini akan melahirkan rasa sayang dan menghargai kepada seseorang.. sebab itu, hargailah setiap insan yang ada dalam hidup anda.. aku lebih suka kalo kita berfikir tanpa diuji.. sebab 'sakit' ketika diuji itu lain rasanya... 

bersyukurlah kepada kalian yang dapat beraya bersama ahli keluarga... 
aku..?? hanya menumpang kasih sahaja... penerimaan mereka..?? serahkan pada yang maha esa..

.
.
.
.

Di kesempatan ini, aku nak ambik peluang untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri 
kepada semua rakan2 sekalian... mohon maaf andai ada silap dan salah selama kita berkenalan... 
moga redha dan berkat tuhan akan sentiasa mengiringi hidup anda semua... aminn... 

ikhlas daripada,
Syam Abid AKA Kijang_Merah
-Muhd Hisyam Assim- 



p/s : ucap awal2.. nnt dah sampai waktu hari raya dah tak dapat update blog.. x bawa laptop bercuti.. oh ya, nebes dan eksaited nak dapat sugar glider... lebih eksaited dari nak sambut raya.. hahaha..! hampeh..! 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...