Assalamualaikum wbt...
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua...
alhamdulillah, masalah internet kat rumah aku ni dah settle..
bolehlah berlagho2 sekejap... hahaha...
Btw, entry kali ni berkaitan The Conjuring..
ekceli aku tak maw citer pun pasal benda ni.. tapi sebab aku ada sorang kawan ni,
aku panggil dia budak gemuk.. kahkah.. dia mati2 nak minta aku buat review..
aku pun ndak taw kenapa.. kehkeh.. memandangkan dulu aku selalu minta tolong dia pasal android,
sampailah jadi skrg aku dah boleh tolong org lain plak pasal android..
so, kali ni aku plak tolong dia untuk tertarik dengan citer The Conjuring ni...
(akceli aku taw dia takut nak pi tgk.. kahkah)
kalo baca kat gambar atas ni mesti korang faham kan...
citer ni diadaptasi daripada sebuah kisah benar.. katanyalah.. aku pun tak taw betol ke tidakk..
hurmmm.. aku nak start wat review dari mana ek..?
errr... aku bg sinopsis lah yer...
The Conjuring ni mengisahkan sepasang suami isteri yang bertugas sebagai
penyiasat aktiviti paranormal yang terkenal Ed Warren (Patrick Wilson) dan
Lorraine Warren (Vera Farmiga) atau dikenali sebagai The Warrens. Pasangan
ini harus menangani satu kes besar dalam sepanjang karier mereka (karier katanya)
iaitu mengusir hantu dari sebuah rumah yang telah disumpah.. kisah bermula apabila
rumah yang telah lama ditinggalkan telah disewa oleh penghuni baru..
kalo nak taw citer lanjut, sila layan sendiri k.. HAHA..
kat bawah ni ada trailer yang menarik pasal citer ni.. layan jap..
dah tengok..?? mesti nebes kan..? hahaha..
ari tue aku pi tgk kat Melaka Mall.. pi tgk sorang2 sebab sepupu aku
umur 10 dan 7 tahun.. so, memang tak boleh lah bawa dorang tgk.. HAHA..
nasib baik line seat aku masa tu full.. so, tak lah duduk menyendiri.. fuhh..
menjerit..?? haruslah tak.. cuma jantung mcm nak gugur jer lah.. HAHA..
kalo aku ada teman menonton masa tu, kompom suara akan keluar..
tapi memandangkan malu seorang diri melebihi perasaan takut aku masa tu,
maka aku rasa aku lah lelaki paling macho masa tu.. eyekk.. HAHA..!!
Pendapat aku :
1. Sound Efek filem ini sangat membantu dalam mewujudkan
perasaan takut tu.. kredit kepada mereka yang menjayakannya..
sumpah, kalo ko tgk kat lappy mesti kurang feel.. hehehe..
(sebab tu aku suka tgk kat panggung)
2. Jalan cerita (perkembangan) yang agak slow.. tapi bagi aku still ok lah..
yang duduk belakang aku awal2 ag dah mengeluh tak faham cerita..
kepada yang nak tgk citer ni, aku nasihatkan sila off hp atau pi tgk sorang2,
jadi korang boleh fokus kat citer tanpa sebarang gangguan.. siyes!! haha..
tapi kalo nak pi berteman pun ok, kot2 ada yang takut macam kawan aku tu kan..
kalo kawan bawa cerita bagi dia penampar sikit.. haaa.. HAHA..
3. Pengaruh cerita membahayakan.. filem ni tak sesuai kalo ditonton bagi
siapa2 yang cepat terpengaruh.. biasalah kalo filem dari barat ni bnyk elemen yang
bercanggah dengan agama kita (Islam).. masing2 agama ada kepercayaan masing2kan.. so, filem ini hanya sesuai
DITONTON OLEH MEREKA YANG HANYA MENGANGGAP
FILEM SEBAGAI HIBURAN SAHAJA..
pengajaran yang baik..? ko kan dah besar, pepandailah ko jawab soalan ni.. huh!
hurmmm.. kepala aku dah pening.. tak rehat lagi ni, balik dari sekolah tak tido ag..
setakat ini dulu review aku pasal cerita ni..
daripada 5 bintang, aku bagi 4 setengah bintang untuk cerita ni..
setengah lagi..?? MANA ADA YANG SEMPURNA..!!
Haiiii....... |
Hai abg Putera... Boleh berkenalan..? nama saya Annabelle... HAHAHAHA...!! |
SEKIAN...
p/s : kalo ko tak puas hati gak, aku tak taw ag.. HAHAHA..
1 comment:
Aku rasa ni nukilan terakhir si pemilik blog ni.. aq rasa nk tembak pakai M16..
Post a Comment