Assalamualaikum wbt..
ok... saat guwa ingin memulakan rentak tarian jari-jemari
guwa kat papan kekunci ini.. guwa teringat kejadian pagi tadi semasa dalam kelas..
sedap2 guwa duk ngajo pelajar guwa.. tetiba HM (pengetua) datang..
ok, kali ni aku mampus (suara hati guwa)...
berdiri semuaaa!! *laungan ketua kelas.. (pompuan okkeh)*
assalamualaikummm cikguuuu... (serentak semua)
HM guwa jawab wslm.. semua duduk kecuali 2 orang budak lelaki tu..
(sambil menuding jari ke arah mereka..)
KO MEROKOK TADI KAN..???
semua pelajar serentak mengalihkan pandangan kepada 'mangsa'..
sekali dengan kepala guwa pun pusing ke arah pelajar itu..
okkeh.. stop it.. guwa bukan nak cerita kesah ini..
jom sambung Part 2 pasal TM...
hahahaha.. (gantung lerr tu..! :P)
*********************************
Plot 3 : 15 Julai 2013 / 14:XX:XX pm
(TM POINT TAPAH)
ok, masa ni guwa baru memulakan praktikal guwa kat sekolah..
masa tu muka 'suwit' ag.. peminat?? tak yah cakap lah.. *poyo*
nak dijadikan cerita, sekolah guwa dan TM Tapah ni dekat sahaja..
kalo korang mengengsot pun akan sampai.. ambik masa 1 jam lah tapi..
guwa plak, pilih naik motor ke TM.. hanya 1 minit setengah sahaja..
(dekat tak dekat TM dengan sekolah guwa? haaa..)
so, masa ni lah guwa memulakan rentak pendaftaran dan sesi suaikenal dengan pekerja TM..
isi borang sekian.. sekian.. gelak tawa sekian.. sekian.. tanya itu tanya ini..
dan dorang tahu guwa guru praktikal.. (akak tu mcm usha guwa jak)..
masa apply tu, guwa terfikir lak nak cek status akaun TM guwa..
then, guwa bagi nmbr akaun dan IC guwa..
taw tak apa akak tu cakap..??
"eh..?? akaun tenet nama org lain kan..??"
guwa jawab... "nama saya lahh.. saya dah tukar nama kat Tanjung Malim ritu.."
(sopan tak guwa guna SAYA kat akak tu.. kekeke..)
"eh, tak encik".. kata akak tue..
"akaun Telefon nama Encik.. tapi akaun tenet nama Encik XXX.." sambungnya lagi..
eh.?? guwa baran masa tu.. then guwa balas...
"laahhh, ritu kat TM bukan main yakin akak kat sana kata boleh tukar nama...
siap isi borang bagai.. napa plak kat Tapah ni kata x boleh plak..??"
guwa provok sikit.. sesambil buat muka hodoh guwa kat akak tu..
then, akak tu buat muka blurr, then dia tenung sekejap kat monitor..
beberapa minit kemudian.. akak tu bersuara..
"ermm.. cenggini.. encik guna pakej student, so pakej ni ada kontrak setahun yang mana penama asal tidak boleh ditukar kepada orang lain.."
saat mendengar jawapan itu, otak guwa berfungsi 360 darjah.. eh..??
guwa balas :
"lol, kalo macam tue kenapa sekarang akaun telefon ni boleh tukar kpd nama saya?"
akibat daripada ketegangan itu, guwa melihat jam di tangan..
menyedari satu jam rupanya guwa duk kat kerusi tue.. maka guwa ringkaskan soalan guwa..
guwa biarkan soalan tadi bermain kat kepala akak tu.. then guwa suruh plak dia cek status akaun..
hasilnya..?
"ermm.. untuk bulan Jun ada lagi tunggakkan RM 1++.++ encik.."
mata guwa bulat!! how come..??
"ari tu saya ada buat pembayaran kat TM Pasir Mas..
yang tu untuk bayaran apa plak kalo bukan bil bulan Jun..?" =.='
ketik2.. ketuk2.. ketik2.. bunyi keyboard akak tu..
then akak tu bersuara lagi...
"yang tu bil untuk cagaran.. mengikut sistem kami, encik dan buat pembayaran kat
TM Pasir Mas RM 80 pada sekian.. sekian.... betul..??" soal akak tu..
guwa jawab.. "YAAAAAAAAAAA.. tapi itu bukan bil bulan Jun ker..?? lagi pun saya dah bayar cagaran masa tukar nama kat Tanjung Malim aritu.. ni bukti resitnya.. haaa.."
errrr... errr... errr... akak tu pucat jap.. then dia masuk pi opis bos dia...
dia keluar semula then guwa terus soal dia sebelum dia sempat bersuara..
"maknanya saya dah buat double pay untuk cagaran lah kan..??
macam mana boleh jadi macam ni..??"
akak tu terkejut dengan soalan maha bijak yang guwa ajukan pada dia...
(bertambah masalah ko kan kak..?? nasib lah jumpa customer geliga macam guwa)
"ermmm... kalo ikutkan logik akal nampak gayanya betullah encik dah double pay.. ermm"
jawab akak tu.. then guwa buat satu permintaan..
"boleh tak kalo saya request untuk transfer yang 80 tu kat akaun internet..??
kalo tak boleh saya nak minta cash... sebab bajet 80 tu memang untuk internet bulan Jun.."
akak tu jawab :
"ermm.. macam ni, encik isi borang SR ni then kami akan hantar kat HQ
untuk disiasat kes encik ni.. nnt kami akan buat panggilan kepada encik.."
guwa tamatkan urusan dengan bersetuju cadangan akak tu..
then guwa tulislah macam2 kat borang warna merah yang dia berikan..
lepas tu guwa chowww.. geram!!
*********************************
Masalah yg berlaku pada Plot ini ialah :
1. macam mana boleh berlaku double standart dalam pengurusan TM ni..??
kat Tanjung Malim kata boleh tukar owner, kat Tapah plak kata tak boleh..
kalo betol2 tak boleh, napa telefon tu boleh tukar nama guwa..?? ishh..
2. macam mana boleh keluar semula bil minta bayar cagaran..? sedangkan guwa
dah bayar semasa berurusan kat kaunter Tanjung Malim tue..!! persoalannya..
bayaran 75 kat kaunter Tanjung Malim tu ada dengan siapa skrg..?? o.O *wink*
3. Jika diamati semula kes ini, sebenarnya guwa bukan dah buat double pay..
tetapi cagaran sudah di buat sebanyak 3 kali..
i. semasa 1st owner..
ii. semasa tukar owner kepada guwa di Tanjung Malim..
iii. bayaran bil kat Pasir Mas RM 80..
KAN..??? haaaa... so, bertambah lagi masalah ko TM.!! jejagalah!!
***************************
cerita guwa ini tidak berakhir di sini... nantikan PART 3 OH! TM POINT!!
cerita semakin panassssssssssssss...!!!
***************************
guwa maw rehat... maw fikir lokasi nak berbuka jap lagi... sekian..
p/s : guwa ringkaskan cerita asal... guwa hanya kekalkan point2 penting sahaja...
No comments:
Post a Comment