Friday, September 30, 2011

BUAT SAHABATKU..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

salam hari jumaat, penghulu segala hari...
semoga kebaikan terus menjadi amalan hidup kita..
slm syg untuk semua... 
sekadar tazkirah bersama..




p/s : slm syg untuk anda pencinta elmu..

Thursday, September 29, 2011

TIPS MEMBUAT KEPUTUSAN..

Asslamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

semoga rakan-rakan sekalian sihat hendaknya..
kali ni saya nak kongsikan kepada anda semua berkaitan
TIPS MEMBUAT KEPUTUSAN..

mesti anda pernah binggung dalam membuat pilihan? 
ermm.. rasanya mcm ni kot rupanya...


atau....


atau


apa pun yg berlaku pasti ada hikmahnya..
so, saya nak kongsi tips daripada buku SOLUSI...
hehehe.. ilmu perlu dikembangkan.. (^_^)

PERTAMA : Solat Istikharah
Ia patut menjadi prioriti seorang Muslim dalam membuat sebarang keputusan. 
Tidak semua perkara yang diinginkan oleh kita adalah terbaik buat kita dan tidak semua 
perkara yang tidak kita sukai membawa mudarat. 
Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik buat kita.


KEDUA : Musyawarah
Musyawarah, syura, bermesyuarat atau diskusi amat penting.
Satu akal yang bersuara membuat keputusan sama sekali tidak sama
dengan suara majoriti atau akal yang kurang ilmu dan pengalaman tidak dapat
membuat keputusan sematang mereka yang berilmu dan mempunyai
pengalaman hidup yang banyak.


KETIGA : Dengar Kata Hati
Hati pun boleh memainkan peranan dalam membuat keputusan.
tetapi perlu bersyarat, bukan sembarangan hati yang kita boleh dengar kehendaknya.
Hanya hati yang cintakan Allah dan Rasul yang layak dipertimbangkan.
Oleh sebab itu, dengarlah kata hati selepas solat terutamanya selepas solat fardu,
solat taubat dan solat Istikharah serta ketika sedang berpuasa.

Semoga dapat membantu anda menyelesaikan masalah dan keluar dari kebinggungan..

p/s : Tips yang diberikan tidak boleh diamalkan bagi membuat keputusan dalam soal mematuhi arahan Allah dan menjauhi larangan-Nya..
kredit to : solusi isu 22, m/s 27..
gambar : google jak.. (^_^)

Tuesday, September 27, 2011

TERASA DI SYURGA

Engkau tersenyum malu
Bila ku bertanya
Adakah diriku ada di hatimu


Aku amat terasa
Lirikan manjamu
Membuat diriku terus terlena

Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar


Oh kasihku
Cintailah diriku
Sayangilah hatiku
Sepenuh jiwamu

Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar

Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar


Oh kasihku
Cintailah diriku
Sayangilah hatiku
Sepenuh jiwamu 


p/s : *tetibe*

Wednesday, August 10, 2011

KURMA...

Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh....

apa khabar rakan-rakan sekalian..? ^_^
moga kalian sihat sejahtera..
selamat berpuasa di bulan yang mulia ini..

baiklah, kali ni saya nak citer pasal KURMA.. 
hehehehe..


almaklumlah.. sekarangkan bulan posa..
haruslah kurma ni akan menjadi hidangan ber"sungkai" dan bersahur..
kam.. kam.. kam.. ^_^

k, saya jumpa artikel ni kat dlm buku ana muslim kat tempat kerja saya..
so, nak kongsikan ngan korang semua..
(walaupun korang dah taw kan.. -_-" .. fine..)

manfaat buah kurma :

1. Mencerdaskan otak/minda, menguatkan daya ingatan
dan membantu dalam proses tumbesaran. Membentuk sifat sabar dan sopan,
dan jiwa yang luhur.


2. Sebagai agen pembunuh kuman dalam badan, 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Barangsiapa yang memakan tujuh butir tamar setiap hari, 
ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya."
(hadis riwayat sayidina Ali)

3. Mencegah penyakit seperti sakit jantung dan kencing manis
kerana kurma mengandungi potasium, kalsium dan zat besi; bagus untuk
menyihatkan sel-sel darah merah.


4. Memberikan tenaga segera selepas 13 jam berpuasa.
Berpuasa membuatkan seseorang kehilangan glukosa dan air lalu 
terjadinya penyempitan dada dan gangguan pada tulang.
Berbuka puasa dengan kurma dapat mengembalikan kesegaran 
pada tubuh dengan cepat, ini akan menghalang kita makan 
berlebihan, seterusnya memudahkan kita untuk menunaikan
solat fardhu dan solat sunat tarawih.

info tambahan :
1. Kurma disebut-sebut di dalam al-Quran sebanyak 20 kali
dengan menggunakan istilah Nakhl, an-Nakhiil dan an-Nakhlah.

2. Makanlah buah kurma atau minum jus kurma jika 
rakan-rakan ada masalah batuk dan gatal-gatal kerongkong..

pokok kurma

p/s : ikhlas lah dalam bersahabat.. insyaAllah pasti akan menemui kemanisannya.. semanis buah kurma yang bnyk faedahnya..

Wednesday, August 3, 2011

KELANTAN oh KELANTAN...!!

assalamualaikum wbt... 
pertamanya saya nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadan kepada semua..
semoga ramadan kali ni lebih bermakna berbanding sebelumnya...

baiklah.. ari tue saya ade citer tentang debat kan..
so, lepas debat tue saya pi bercuti.. heheheh..
KELANTAN oh KELANTAN...
ngee~~

saya stay kat umah din (kawan debat) dan abg aqwa... 
sangat seronok kat sana... 
(macam karangan plak ayat2 aku ni... ishh!! 1 jam ag nak buka posa.. kesan kot)

bek lah malas dah nak mengarang ni... korang pun malas nak baca kan..!!!
hehehehe.. mcmlah saya tak taw.. huhuhu.. mari tgk gmbr..!!

err.. maaflah gambar ni jew asenya paling comel sebab tue letak pertama.. huhuhu..
(mase ni nak blk sabah dah... tunggu bas nak ke airport..)

ni plak turun jew dari bas mahligai sampai kat kota bharu..
tunggu bapa din kat depan kedai ni... huhuhu.. 

ni plak gambar mase kat pasaraya di kelantan..
duta produk pun kena pakai tudung.. hehhe..
(sedih tak jumpa board celcom maya karin pakai tudung!!)




 5 gambar kat atas ni, masa saya ngan din pi lawat muzium di raja...
saya dan din kali pertama pegi.. (faham2lah makna tersirat).. hahaha..

padi yang cantik warnanya.. sangat gembira bila dapat tgk secara dekat..



hahhahaa... siyes x pandai posing...
ni plak gambar abg dan adik saya..
tgh tunggu bas nak balik pasir mas lepas ronda2 kota bharu..

ini adalah rumah burung puyuh milik ayah abg aqwa..
dan akhirnya, saya ubah jadi rumah arnab... hahhahaha..

 hukhukhuk.. hidup mesti kreatif... kahkakah..

warna putih dan koko... hahahha..
putih jantan, koko betina..
saya beli untuk jaga di kelantan sehari sebelum pulang ke sabah..

percutian di kelantan sangat seronok.. 
bnyk ag gmbr yang x dpt nak upload.. huhuhu..
tima kasih kepada ihtifazudin sebab menumpangkan aku 2hari kat umah dia..
tima kasih jugak kepada family abg aqwa yang baik2 belaka selama 5hari 4malam..
semoga kita dapat berjumpa lagi..


p/s : rehlah mencari ilmu... jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengetahuan..

Wednesday, July 27, 2011

DEBAT PERPADUAN 2011...

Assalamualaikum wbt...
akhirnya.. akhirnya.. akhirnya.. dapat gak update blog nie..
hak..hak..chumm...
siyes dah lama x update blog ni.. 
(nasib bek tak sampai setahun.. 9 bulan je.. YES!!)
hahahhaa.. =P
so, kali ni aku nak citer ckit pasal 
DEBAT PERPADUAN 2011 @UTP..

nie adalah teammate aku.. huhuhu..
dari kiri : 
aku lah (2nd speaker), nuraini (1st speaker.. MELETOPS!!), idris (simpanan yg sgt membantu), Ihtifazudin (3rd speaker)

keputusan sepanjang perlawanan saringan :

saringan 1
Usul : Dialog Antara Agama Perkukuh Integrasi Nasional
UPSI vs UMT
keputusan : UMT menang 
rangking : 25 daripada 34 kumpulan

saringan 2
Usul : Pemerkasaan Perpaduan Rakyat : Pelan Transformasi Jawapannya
IPG TUANKU BAINUN vs UPSI 
(cikgu vs cikgu) hahaha..
keputusan  : UPSI menang
rangking : 18 daripada 34 kumpulan 

saringan 3
Usul : Model Ekonomi Baru : Satu Angan-angan
UUM vs UPSI
keputusan : UPSI menang 
rangking :  15 daripada 34 kumpulan

saringan 4
Usul : Gagasan 1Malaysia bukan Malaysian Malaysia
IPG RAJA MELEWAR vs UPSI
keputusan : UPSI menang
rangking : 9 daripada 34 kumpulan

saringan 5
Usul : Konsep Kesederhanaan Pelengkap Gagasan 1Malaysia
UNIRAZAK vs UPSI
keputusan : UPSI menang
rangking : 4 daripada 34 kumpulan

saringan 6
Usul : Isu Perpaduan Hanya Rekaan Ahli Politik
UPSI vs UTHM
keputusan : UTHM menang 
rangking : 5 daripada 34 kumpulan

SUKU AKHIR 
Usul : Dewan Ini Menyokong Keutamaan Kepada Negara Berbanding Bangsa
UTHM vs UPSI
keputusan : UTHM menang
Juri : 3-2

ini adalah laporan secara keseluruhan untuk setiap perlawanan...
perjuangan terhenti pada peringkat suku akhir.. 
dan bnyk ilmu yg diperolehi.. aku sedar aku masih bnyk kelemahan..
insyaAllah aku akan perbaiki segala kelemahan tersebut..

mari layan gmbr plak.. huhuuhu..

(HARI PERTAMA UNGU)


 


  
(HARI KEDUA PINK)









  
semoga perjuangan ini tidak menjadi sia-sia... 
insyaAllah suatu hari nnt aku pasti akan berada di pentas FINAL.. cewwah.. 
hahahhaa.. 

TAHNIAH kepada UTP kerana telah menjuarai pertandingan kali ini..
TAHNIAH juga kepada UiTM mendapat naib johan..

p/s : setelah penat berdebat... cuti-cuti malaysia di Kelantan lah plak.. hehehehe.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...