Tuesday, July 30, 2013

#4 Buletin Sejarah

Assalamualaikum wbt...

fuhhhh... penatnya ari ni... semalam aku tido satu jam jak...
semua ni salah sapa..?? salah buat kerja last minit.. hahaha..
ekceli, pagi tadi pensyarah dari upsi datang ke sekolah buat lawatan sosial..
dia ada pesan kalo sempat dia nak tgk aku mgajar dalam kelas...
apa lagi, disebabkan perkataan "kalo sempat" tu lah buat aku tak keruan.. haha
maka buatlah persediaan apa yg patut.. buat slide bagai.. RPH kena siapkan.. 
last2 settle dalam jam 4 pagi... kahkah.. jam 5 plak nak sahur... fuhh..

alhamdulillah, pagi tadi pensyarah datang dan kami ada berbincang serba sedikit 
tentang latihan mengajar kami ni.. almaklumlah, 
hari tue aku cari pensyarah ni kat UPSI tak pandai jumpa2.. busy barangkali.. 
makanya, pagi tadi baru berbincang... dan banyak jugak lah input yang 
berguna untuk aku persiapkan diri sebelum dinilai nanti.. 
yang paling tak boleh blah, pensyarah tak sempat nak masuk kelas..
hadohhh jerlah.. hehee.. btw, PnP aku pg tadi berjalan lancar.. alhamdulillah..

ok2... lupakan kejak cerita tue... aku nak story sikit kali ni pasal tajuk di atas..
BULETIN SEJARAH...

2 hari lalu, Pengarah bahagian buku teks KPM datang ke sekolah aku untuk 
berbuka puasa bersama pelajar asrama... maka, adalah perkara2 yang aku rasa penting dalam 
ucapan beliau tu perlu untuk disebarkan diseantero malaysia ni.. huhu..
btw, sebelum tu korang kenal tak sapa pengarah ni..? 
kompom tak kenal kan.... HAHA.. sila google nama beliau.. 
kat bawah ni gambar beliau aku sedut dari google.. malas nak transfer gmbr ari tue dari dalam HP..


gambar kat bawah ni pula gambar beliau dengan BULETIN SEJARAH...!!


ok, cerita bermula... 
mesti ada sesetengah pelajar yang tak tahu akan kewujudan buletin ini... 
dan apa pula kepentingannya..?? haaaa... ini yang korang perlu tahu...
kot2 ada kawan aku yang praktikal mengajar sejarah kat sekolah,
bolehlah take note yaa..

1. Buletin ini dihasilkan oleh penulis2 yang terdiri daripada 
PEMERIKSA KERTAS dan PENGUBAL SOALAN...

2. Dalam buletin ini ada bahagian teknik menjawab soalan Paper Sejarah... 
dan Koleksi Soalan Sejarah yang berkemungkinan SOALAN SPM TAHUN INI...!! hahaha... 
*if u know what i mean*

3. Dalam buletin ini juga banyak fakta yang boleh diguna pakai oleh pelajar sebagai pengetahuan am...

kat bawah ni surat edaran Buletin Sejarah ke semua sekolah.. 
so, kalau ada sekolah yang tak dapat ag pepandailah bertindak ya... 
sempat ag ni.. kehkehkeh...



Selain itu, Buletin ini jugak boleh diperolehi dari atas talian melalui alamat di bawah :

opssss... lupa nak tunjuk gambar BULETIN SEJARAH tu.. tgk kat bawah..!!


OK SETTLE..!!! aku dah sampaikan amanah Pengarah yang aku dapat 2 hari yang lalu...
katanya, tolong sebarkan maklumat tentang kewujudan Buletin ini.. next..?? 
peranan korang plak untuk sebarkan yaa... semoga diberkati... :)

p/s : sekolah aku dapat 150 naskah buku daripada pengarah ni untuk diletakkan kat perpustakaan.. alhamdulillah... pengarah ni jugak derma peribadi RM500 untuk kelab guru sekolah aku.. untunglahhh... guru2 praktikal tak dapat duit raya dari pengetua ke..? eh..? HAHAA..

Monday, July 29, 2013

#3 Kek Pisang..

Assalamualaikum w.b.t...

Kek Pisang..?? yupp.. kek pisang tajuk entry kali ni.. 
masa buat RPH tadi tiba2 terfikir nak kongsi apa pasal entry kali ni... 
maka nya, aku teringat kek pisang tadi.. haha..
ekceli, nak kongsi suasana puasa atau lebih fokus lagi juadah berbuka dan bersahur aku 
selama berpuasa di Tapah ni.. ada kau kesah..?? hahaa.. 
kalo ko tak kesah cepat2 klik butang X kat atas sebelah kanan tu.. kekeke.. 

lets begin... jom citer satu2.. jom.. jom...

ni lah rupa luaran kek pisang.. hahaa... sedapp...
ni rupa kek pisang bagi sesiapa yang tak mengenalinya...
lepas ni boleh lah try ya.. nampak tak serat2 tu..?? hah..!
 ikutkan cerita, aku ni memang suka kek pisang ni sejak zaman sekolah lagi... 
sebab asal ada program mesti kek ni yang kena hidang.. kan..??
kalo sapa2 yang seangkatan debat ngan aku, pasti dorang taw kalo berhenti kat RnR 
untuk sarapan, mesti aku makan kek pisang jak dan segelas teh limau panas.. hhaha..
kat tapah?? kek pisang ni sebagai juadah bersahur aku dan housemate.. 
selain tu, ada roti gardenia 2.40 tue sekali.. haha.. air..?? air kosong jak lah.. 
tiada heater lagi, so ndak boleh sahur mewah2.. kahkah.. 
btw, alhamdulillah mampu bertahan hingga ke petang.. :) 
begitulah juadah bersahur aku selama 3 minggu kat tapah ni..

next?? 

apa ni..?? apa ni..?? haa.. ni lah tempoyak...!!
tempoyak.. tempoyak ni menjadi kegilaan aku sejak aku ting 3.. 
masa tu aku ada kawan semenanjung, dia anak askar... so, kalo hujung minggu dia akan ajak 
aku dan kawan2 pi rumah dia.. mcm biasalah, mesti mak dia perform masak kat umah 
untuk bg tetamu makan kan.. then terhidanglah tempoyak ni.. 
sejak dari tu, aku memang suka benda alah ni.. tapi tak lah sampai tahap kritikal.. 
its ok kalo tiada..

masa kat tapah ni, aku jenjalan kat bazar ramadoon.. 
tetiba ternampak tanda harga TEMPOYAK RM3.00.. tak kan ko tak eksaited.. kahkah..
lalu aku pun angkat sebekas tempoyak tu.. dah nak masuk sepuluh hari tempoyak tu menjadi 
peneman aku berbuka... haruslah berselera.. hihi.. 
btw, tempoyak ni ada pantangnya kalo aku tak silaplah.. 
kalo nak cedok tempoyak dari bekas tu kena guna sudu yang belum digunakan.. 
maknanya tiada lagi bekas2 makanan yang melekat kat sudu tue.. 
takut2 akan buat tempoyak tu rosak aka basi sebab ada bendasing kann.. 
aku..?? aku cedok guna pisau jak.. pisau yg berharga rm2.00 beli kat kedai rm2.00 jenama kiwi taw!! bukan pisau tumpul.. HAHA!! ni semua sebab kes tiada sudu di rumah.. HAHAA..!

next..?? 

ni jus tembikai aka jus timun..
ekceli, salah satu perniagaan yang laris kat bazar ialah gerai air... 
nak dijadikan cerita, gerai air kat bazar di tapah ni kuat sangat nak pengaruh org supaya beli..
hari pertama aku dtg aku tertipu sebab pak cik tu ckp, dik belilah dik 2 bungkus rm3.. 
nak tutup dah ni.. kami jual murah... 
so, aku dengan yakinnya pun mempengaruhi housemate aku pilih air apa yang dia nak..
keesokannya pula, aku lalu lagi kat gerai tu.. tetap pak cik tu nak pengaruh org yg lalu lalang..
dik, pilihlah dik... promosi 2 bungkus rm3.. nak habis dah ni.. 
kali ni, aku bersuara.. semalam alasan pak cik 2 bungkus rm3 sebab dah nak tutup..
ari ni alasan sebab nak habis.. ke memang pak cik jual harga mcm tu..?? HAHA..!
housemate aku cuit, then kami pun berlalu.. aku gelak tgk housemate aku.. kahkah..

so, apa kaitan gmbr dia atas..?? HAHA.. entahlah.. 
ekceli, semalam housemate aku pilih jus tembikai, tiba2 hari ini pun jus tembikai walaupun bnyk lagi jus yg ada depan mata dia masa tu..?? ko rasa kenapa..? sebab rasanya performlah!!! huhu..
btw, ada tips kalo buat jus kat rumah korang sendiri.. 
kalo buat jus kena minum terus sejurus selesai disediakan.. sebabnya, jus buah ni cepat teroksida.. maknanya, vitamin2 yang ada dalam jus tu akan hilang.. jangan simpan lama2 k..

oklah.. oklah.. tulang belakang aku pun dah mula rasa sakit duduk kat atas kerusi kecil ni...
tambah2 lagi lampu kuning yang malap kat atas ni sangat menggoda mata..
sok, dah masuk minggu ke3 praktikal.. kena perform pakai blazer bagai.. 
perhimpunan rasmilah katakan.. huhu.. moga urusan minggu ni akan dipermudahkan..
oh ya, lusa pada hari selasa aku punya penilai dari upsi nak dtg menziarah.. 
nak tgk aku mengajar katanya, harap2 lah PnP berjalan lancar.. hihi.. 
k lah, jumpa next entry yaa.. tengslah baca coretan yang tidak seberapa ni.. 
selamat malam chinta..!

p/s : entah bila dapat berbuka dengan spageti.. untunglah.....

Sunday, July 28, 2013

#2 Sekolah Tempat BerPraktikal

Assalamualaikum wbt...

baiklah kali ni maw cerita pasal sekolah aku... hehhee..
maksud aku, sekolah tempat aku berpraktikal menjadi seorang guru..
maknanya, aku sudah sem 7 lah.. adeii.. cepatnya masa berlalu.. fuhh..

SMK BUYONG ADIL, TAPAH..

ni lah sekolah yang melahirkan pelajar Orang Asli cemerlang Malaysia dengan mendapat 4.00 taw..
aku pun x dapat 4flat masa stpm dulu.. hahaha...! 

ni plak gambar dari depan pagar sekolah.. tu hah bilik guru.. tuee... haha..
Alhamdulillah di sekolah aku berpeluang mengajar subjek major aku di UPSI 
iaitu subjek Pengajian Am.. maknanya, student aku semua pelajar form 6... 
aku diamanahkan untuk mengajar 12 waktu pengajian am sepenuhnya tingkatan 6 rendah.. 
dan 8 masa tidak rasmi pula aku mengajar p. am tingkatan 6 atas.. RPH?? 
aku kena wat hanya untuk 12 jam tue sahaja... 8 masa lagi tak perlu sebab sekadar bantu mengajar 
kelas yang tiada guru sebab cuti bersalin.. almaklumlah kelas ting 6 ni tiada guru ganti.. 
mungkin sebab pengurusan ting6 berbeza dengan pengurusan f1-5.. huhu..    

pada minggu pertama, aku dapat rasakan aku tidak hadapi masalah untuk mengawal kelas 
sebab pelajar tingkatan 6 kan.. so, aku bersyukur sebab tuhan mempermudahkan urusan aku.. 
masuk minggu ke2 pula aku menjadi semakin serius.. sebab?? format f6 dah berbeza skrg...
setiap hujung semester ada peperiksaan.. maknanya pengajaran aku akan dinilai 
berjaya atau tidak melalui keputusan exam student akulah nnt... haha..! 
maw taknya ko menangis mcm tu..? pheww~~ 

sampai kan skrg ni aku dah tak fikir pasal aku dapat A praktikal atau tidak.. 
yang penting pelajar2 aku berjaya.. aku target dorang A.. 
kalo aku dapat A praktikal itu dah kira bonus aku dapat dari tuhan... fuhh..
hingga ke saat ini aku masih mengatur strategi nak bantu student aku.. 
dan alhamdulillah ada lah sedikit perancangan.. moga tuhan permudahkan... aminn..

k, lah.. akceli bnyk benda nak cerita ni.. tapi kalo ikutkan hati memang tak habis..
better simpan untuk entry seterusnya... kan..? hehe.. 

ada baki lebih kurang 13 minggu lagi untuk berpraktikal.. semoga tuhan permudahkan segala urusan aku untuk mendidik anak bangsa dan mendidik diri untuk menjadi insan berguna.. aminn..

p/s : sakit belakang lah plak.. entah bila nak baik ni.. hurmm...

Saturday, July 27, 2013

#1 Selamat Datang.. Selamat Berpuasa..

Assalamualaikum wbt...

Selamat Datang..?? ya... selamat datang untuk diri aku semula ke dunia blog... 
ini tempat aku melampiaskan stress barangkali... 
kadang2 bila tertekan, hanya dengan cara meluah akan dapat ketenangan..
walaupun apa yang diluah bukan berkait pun dengan punca stresss.. HAHAA..

Btw, tajuk post aku bermula hari ini akan ada tanda --> #1/2/3...
maknanya..?? aku sengaja letak sebab post ni aku buat masa aku kat sini lah..
sini mana..?? aku di Tapah.. lokasi tempat aku berpraktikal...
cepat jak masa berlalu, dulu giliran senior aku.. sekarang aku plak..
fuhhh.. mesti banyak cerita kan.. hahhaa..

sebelum aku fokus on apa yang dikongsi, tadi sempat jugak aku usha2 blog kengkawan aku 
yang aku follow dedulu... ada yang masih aktif, ada jugak yang sebiji macam aku..
sudah lama terbiar.. hahaha.. tidak kurangnya ada jugak yang sudah tidak boleh dilawati.. 
mungkin sebab peribadi.. sedihlah macam ni, tak dapat nak keep in touch.. huhu..
tapi ndak palah.. mesti ada sebab kenapa buat mcm tue.. kan..? 

Di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada sesiapa yang baca post aku kali ini..
HAHAHA... semoga dengan kehadiran ramadan ni akan memberi keberkatan kepada hidup kita.. 
Ramadan semakin ke penghujung, rasa cepat jak masa berlalu.. kan..? semua tanda2 akhir zaman.. 
semoga amal ibadah kita akan terus dipertingkatkan.. 


blur sudah aku ni maw tulis apa... terlampau bnyk benda maw dikongsi.. tiba2 otak jem.. 
so, tunggu post yang berikutnya lah ya.. chawww.. 

p/s : maw test bahasa negeriku... masih ok atau ndak... HAHA..

   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...