Monday, December 27, 2010

6 Persoalan Hidup..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

halooo... maaf lahh lama dah tak update blog ni..
busy memanjang... (tak taw lah busy ngan apa... busy makan kot...)
lalallal~~ badan pun dah semakin mengembang ni.. haiyaaaa....
so, kali ni post saya berkaitan 6 persoalan hidup... renungkanlah..

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghozali bertanya,

1 - pertama
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"

 Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. 
Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI"
Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

2 - kedua
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. 
Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. 
Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, 
tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan 
hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3 - ketiga
"Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. 
Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. 
Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU"
Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal 
menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. 
untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka 
terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .


4 - keempat 
"Apa yang paling berat di dunia ini?"

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. 
Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, 
tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH"
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu 
ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. 
Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, 
sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

5 -  kelima  
"Apa yang paling ringan di dunia ini?"

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. 
Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan 
di dunia ini adalah "MENINGGALKAN SOLAT" . Gara-gara pekerjaan, 
kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

6 - keenam  
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?"

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, 
tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUNSIA". Kerana melalui lidah, 
manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

- Artikel iluvislam.com

p/s : beringatlah sesama manusia....

Sunday, December 12, 2010

Tag... Tag..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya telah di tag oleh blogger Abe Fawez. so, mahu tidak mahu, hendak tidak hendak saya kenalah jawabkan...? kan..? kan..? hohohohoho.. Ini tagnya...

1. Adakah anda rasa anda hot?

-Ya.. sebab saya berdarah panas.. tapi setakat ni lom ada lagi tangan yang melecur bila sentuh saya.. lalalala~~


2. Update wallpaper yang anda guna sekarang. (saya rasa upload/muatnaik lebih sesuai)



3. Cerita pasal gambar ini.

-Saya letak gmbr kucing sebab abg saya suka kucing.. ini membuatkan saya sentiasa ingat dia bila tgk kucing nie.. huhuhuhu.. saya asal dari Sabah.. BULIH BAH KALAU KAU..


4. Kali terakhir makan pizza?

- semasa cuti study week ari tue... kawan saya ihtifazuddin belanja.. ngee~~ thankss.. 


5. Lagu terakhir yang anda dengar?

-Negaraku... sebab sebelum saya jawab tag ni... saya tgk Oh! tidak sal lagu negaraku..


6. apa yang anda buat selain membuat tag ini?

-berfacebook menunggu abg saya on9.. hahahaha...


7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?

-Syam abid atau Laungan Keazaman


8. Tag lagi 5 orang

-Ihtifazuddin
-Wan Zainuddin
-Amir Batrisya
-Madzuan
-Ghazali


9. Siapa no 1 dengan anda?

-Teman debat saya.. sangat gigih..!!


10. Kata sesuatu kepada orang nombor 5.

-saya sudah tag awak nyerr = D jawab.. jawab jgn tak jawab...


11. No 3 ada hubungan dengan siapa?

-er... er.. er.. mati larr soalan nie... ermm.. ngan pompuan yg tinggi kot... lallala~


12. Bagaimana pula dengan no 2?

- manusia yang serba boleh... segala-galanya dia boleh buat..


13. Kata-kata cinta untuk orang no 4?

-Cinta? Madzuan nie junior saya waktu kat sekolah.. saya tak berapa taw sal cinta dia ni.. sangat berahsia.. (^_^)


14. Berikan 4 fakta tentang orang yang anda tag(4 fakta setiap orang kah?)

-Ihtifazuddin
  • debatter
  • kuat online
  • suka tgk wayang(download)
  • suka bagi keputusan mana2 jah..


- Wan Zainuddin
  • debatter
  • paling cemerlang..!!
  • suka warna biru
  • kulit warna putih tapi.... tettt.. hahaha..


-Amir Batrisya
  • tinggi
  • debatter no 2
  • barang kat umah dia sangat banyak... SANGAT!!
  • mementingkan persahabatan..


-Madzuan
  • Sabahan
  • Optimist
  • calon spm 2011
  • kreatif


-Ghazali
  • debatter..
  • mementingkn penampilan diri..
  • lesung pipit yang sangat dalam..
  • hub makanan.. ahakss..

Settle~


p/s : sila bertanggungjawab yang kena tag... heee..

Wednesday, December 8, 2010

Senyum (^_^)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


SENYUM..
tak perlu kata apa-apa..




1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.


2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.



3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.



4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.





5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.



6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.



7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.



8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .



9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).



10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.



11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.



12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.





13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.



14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.



SENYUMLAHHH....


p/s : sila dengar lagu najwa.. senyum.... (^_^)




Tuesday, December 7, 2010

Takut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

dah lama kot saya tak update blog saya ni...
almaklum larr busy ckit dengan exam...
alhamdulillah sekarang dah settle suma....
ermmm... ada apa dengan TAKUT...??


ok.. terima keTAKUTan sebagai harga peningkatan dalam hidup.
hidup perlukan peningkatan, sama ada dari segi material atau fizikal
lebih-lebih lagi dari segi rohaniah..

Terimalah hakikat bahawa apabila kita berdepan dengan keTAKUTan
yang sebenar, kita sebenarnya memang takut. Jangan berpura-pura
tidak TAKUT kerana itu akan menjadikan kita lebih TAKUT.

so, kali ni saya nak kongsi ngan kamu semua mengenai :

~TIPS 'BERANI' UNTUK 'TAKUT'~

1. Katakan keTAKUTan itu adalah perkara biasa...
tidak salah untuk TAKUT. Malah TAKUT adalah rasa yang dialami 
sekalipun oleh orang yang paling berani.

2. Analisa keTAKUTan anda...
Apakah TAKUT yang anda rasa itu tepat pada perkara,
masa dan keadaannya? jika tidak, anda tidak perlu TAKUT.

3. Buat perancangan untuk elakkan keTAKUTan itu...
Sediakan langkah-langkah praktik untuk 
menghadapinya dan terus laksanakan. Jangan bertangguh.

4. Fikirkan keadaan terburuk yang mungkin terjadi...
Terima secara mental. Dan congak persiapan yang perlu dilakukan
sekiranya itu benar-benar berlaku. sediakan pelan B.

5. Berdoa, bertawakal...
Sangka baik, apa yang anda fikirkan tidak akan berlaku
dan sekalipun berlaku, semoga Allah memberi anda kekuatan 
untuk menghadapinya dan peluang untuk mencuba dengan
kaedah yang baru!!


biarlah kita TAKUT bertempat...

berani kerana benar, TAKUT kerana salah...

p/s : selamat tahun baru hijrah... (^_^)

Sunday, November 28, 2010

Plants VS Zombies

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

ngee~~ kali ni aku nak berkongsi ngan kamu pasal satu hobi aku d bilek...
hahahaha.. klu aku dah penat study, aku hilangkan penat ngan main game...
hukhukhukhuk... game aku ialah :
 
PLANTS VS ZOMBIES....

harharharhar... hadoooo jerr larrrr....

ok kali nie aku nak kongsi ngan kamu suma tentang game nie...

kelebihan :

1. menajamkan akal..
 
2. mengajar kita berstrategi dengan menganalisis kelemahan pihak lawan...

3. game ni mudah d perolehi...

4. boleh dimainkan oleh kanak2 yg berusia 5thn dan ke atas.. 
(maybe ada yg mula muda dari 5thn)..

5. boleh dimain kat mana2 jak... hahhahaa...

 aku pernah main game ni kat dalam kapal masa nak pi UPSI...
kahkahkahkah.. org kat belakang aku ketawa2..
mula2 aku hairan, napa kat belakang ni ketawa2..!!
bila aku pusing belakang, rupa2nya dia ketawa tgk game aku ni..
harharharharhar..
6. game ni boleh wat org gembira.. hahaaha.. :-P

nie baru nak loading...

nie plak bila dah nak start... 
(jan jeles trofi emas saya tue yerr.. hehehe..)

Mini Games
(haruslah suma dah berjaya.. lalalalala~~)

Puzzle
(suma pun dah selesai.. ngee~~)

Survival
(hahhaa.. agak arr.. dah selesai.. huhuhu..)


nie perlawanan aku yg terakhir...
dapat trofi..... hoorayyyy...!!! ngee~~


hahahaha.. kalau kamu dah selesai advanture 
kamoo akan dipersembahkan konsert yang kiut-miut nie... hakhakhakhahak...



nak download game ni..???
boleh jew... 
klik kat bawah nie k... ngee~~



moga kamu suma ceria2 belaka... (^_^)

p/s : sangat sesuai untuk cuti sekolah... hakhakhak...


Friday, November 26, 2010

JANGAN!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


hadooo.. tajuk post kali nie JANGAN..!!
JANGAN apa..?? hahhhh.. ini dia...
sekadar untuk memperingatkan diri sendiri dan yg sudi membaca.. tq..

1. JANGAN bangga sangat dengan pakaian yang CANTIK dan MAHAL kerana pakaian terakhir kita nnt adalah KAIN KAPAN.


2. JANGAN bangga dan action sangat dengan KENDERAAN MEWAH, kerana kenderaan terakhir kita adalah VAN JENAZAH dan PAPAN KERANDA.


3. JANGAN terlalu seronok dengan tempat tidur yang EMPUK dan NYAMAN kerana tempat tidur terakhir kita adalah di LIANG LAHAD.


4. JANGAN pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki RUMAH MEWAH seperti istana. Kita kena ingat, rumah terakhir kita nanti adalah KUBUR BERTIANG DUA.


5. JANGAN terlalu megah dengan PANGKAT dan DARJAT kerana bila sudah tiada nanti, kita dapat gelaran AL-MARHUM.


6. JANGAN terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang KACAK atau CANTIK, kerana bila kita mati nanti, wajah itu akan berubah menjadi TENGKORAK


p/s: 
1. tiada kaitan dengan yg hidup atau yg mati...
2. gambar hanya sekadar hiasan.. maaflah klu ada tersinggung.. (mana taw rumah di atas tue rumah ko..!!)
3. sumber : SOLUSI-isu no.25-ruangan hitam putih-m/s 8 

Wednesday, November 24, 2010

kaktus...

Asslamualaikum dan salam sejahtera...

ngee~ aku suka berbakti kepada tanah..
walaupun bukan aku yg tanam kaktus nie..
harharharhar~~
tapi aku telah jaga dia sehingga bunganya kembang..
kaktus ni aku dapat masa aku gi tesco rawang.. 
(alarrr... pasal shave tue.. hahahaha)
senior aku belanja beli kaktus... hekhekhek~~

nie lahh kaktus tue.. ngee~~

dan akhirnya....
setelah lama aku jaga...
setelah berkali2 jatuh dari atas meja study aku masa aku tido..
(nasib bek jatuh kat atas lantai.. klu jatuh kat atas muka aku..??)
hadoooo.. matilarrrr.. hahahhaha..

akhirnya...
akhirnyaa...
dan 
akhirnyaaaa...
ngee~~

bunganyew dah kembang.. hekhekhek~~
soronoknyaa...


hhehehehe.. lawa kan... 
alhamdulillah...

tue jew aku nak kongsi.. huhuhu...

p/s : 1saya punya, 1dia punya.... (^_^)



Thursday, November 18, 2010

About Me...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

bila aku kena tag.. makanya aku kena lah jawab kan.. ngeee~~ baiklarrr..
 

25 random things about me. So, thats mean.. sukati aku lah nak citer ape pasal aku sebanyak 25 kali kan?...

FiNe AlRiGhT TheN. sesi jawab menjawab dimulakan... 
(tiru ayat abg fawis jew)

1) anak ke4 daripada 5 org... hehehe... (paling hensem kowtt sebab aku jew sorang yg pakai kaca mata dalam adik-beradik.. apekah itu ygmenjadi kayu ukur..?? hurmm~~)
 
2) suka bercakap... tapi tak taw aku nie pandai bercakap atau bijak bercakap... hurmm.. dua2 kowt.. lalalalal~

3) aku nie keluaran STPM bukan MATRIKULASI... jadi..?? ada masalah..?? 
 
4) tak suka makan ikan keli...... tak taw knapa... (maybe, ikan keli berbentuk segi tiga kot..)

5) tak pernah nmpak hantu.. (bukan minta2 nak nmpk.. tapi kenyataan..)

6) Hp aku skrg adalah hp yang ke4 dlm hidup aku.. (HP pertama hadiah mama aku dirampas org... masuk kes samun bersenjata.. sob~ sob~)

7) klu tension aku suka makan.. pernah menghabiskan roti gardenia yang panjang seorang diri dalam masa 30minit tanpa disedari... (klu aku tension sila beri makanan..)

8) tak suka makanan pedas... hilang selera makan bila hidu bau pedas/cili... argghhhh..!!

9) suka warna yang lembut/kurang terang.. tak suka warna yang menonjol... aishhh.. hijau warnaku~~ (barang2 mandi semua warna hijau.. hahaahahah...)

10) suka berpersatuan... (kelab terchenta d UPSI ialah KDBM...)

11) suka memandu... lalalalal~ kaki akan terasa gatal bila lama tak driving... aku pun tak taw napa...

12) suka tgk wayang... ngeee~~~ (sepa2 yg sudi boleh lah ajak tgk wayang... hehehe..)

13) blog aku ni baru jew wujud.. aku start buat blog ni 30 Oktober 2010.. huhuhu..

14) suka berfikir dari sudut lain daripada org yg lain... aku pun tak taw napa.... (pernah bergaduh ngan cikgu math sebab dia tidak percaya aku dapat selesaikan soalan dgn kaedah aku sendiri... hahhahaha)

15) aku berasal dari SABAH... negeri yang terchinta... tapi aku lom lagi memijak kan kaki ke Puncak Gunung Kinabalu.... aishhh.. rugi nyewww..

16) aku ada 3 pasang cermin mata kat Upsi nie.. hahahahaha.. pakai ikut kesesuaian pakaian... 

17) barang peribadi aku yg paling lama dalam simpanan adalah DOMPET.... dah guna selama 6 tahun.. beli kat BRUNEI.. ngeee~~

18) suka menanam.. berbakti kepada tanah larr weiiii..... (kaktus aku dah kembang bunga nyeww.. huhu)

19) suka pelihara haiwan... (aku tinggalkan arnab aku d sabah.. hurmm~~) (berniat nak jaga ikan sem depan.. llalalaalla~)

20) aku ni manusia yg suka kepada nmbr... hurmmmmm~~~ (subjek fov. = MATH)

21) masuk kat U baru ada seluar jeans sendiri.. sebelum ni guna adik saya punya jew... kakakakaka... (tq adikku.. lalalala~~)

22) aku LOM ada GF... sila segera......~~ (^_^)

23) aku meminati bidang teknologi/komputer... aku sangat pantas belajar dalam hal ini... ehehhee..

24) sangat suka minum 100+.. tapiiiiiiiii.. sejak membaca kebaikan teh.. aku dah mula tukar selera.. ngee~~

25) aku dah fening memikirkan untuk yg ke25 nie... sorieee~~~
 
 
p/s: settle.. nak gerak ke TF.. (pasaraya "terhangat" d Tanjung Malim)


Pandai bercakap vs Bijak bercakap

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Apa sebenarnya yang dinilai dalam percakapan, pengucapan atau sesi interaksi dalam Assessment Center, Temuduga dan penulisan esei/debat? Adakah ianya sekadar ‘keyakinan’ atau attitud yakin diri sahaja?

 Ianya seakan sesi wajib dalam pengambilan pekerja sekarang.. bagaimana anda bercakap dan melontarkan idea anda. Ramai calon yang ‘belasah’ dan ‘redah’ sahaja semua sesi ini tanpa tahu betapa ianya sangat penting dalam menonjolkan ‘kehebatan’ anda. Boleh dikatakan ianya adalah ‘determining factor’ dalam membuat keputusan memilih calon yang sesuai dengan jawatan.

Perkara pertama yang perlu dalam menyediakan diri anda dalam semua sesi yang disebutkan di atas ialah ‘pengetahuan’. Rasanya tak perlu dihuraikan tentang isu ini. Apa yang penting ialah, sediakan diri anda dengan pengetahuan yang secukupnya, peka dengan isu-isu semasa terutama isu-isu nasional. Yang kedua ialah daya mengaitkan isu-isu dengan soalan yang ditanya. Contohnya apabila bercakap tentang isu pembuangan bayi, sudah tentu anda nampak lebih berpengetahuan jika dapat kaitkan isu tersebut dengan isu masalah sosial dan penyelesaian melalui ‘Human Genome Project’. Sudah tentu anda akan berada terkedepan kerana bukan sahaja bercakap tentang isu utama (isu buang bayi) tetapi memberikan faktor penyumbang (isu masalah sosial) dan penyelesaian (isu Human Genome).
   

Dalam kata lain, anda sedang membina reputasi anda sebagai seorang yang berpengetahuan luas dan peka dengan isu. Tetapi ianya harus disertakan dengan skil pengucapan dan perbincangan yang bagus. Anda harus berlatih untuk bercakap dengan baik, menonjolkan idea dengan penuh toleransi atau terbuka dalam menerima pendapat orang lain. Hal ini bergantung kepada situasi sebagai contohnya dalam Assessment Center selalunya ada 2 sesi yang berbeza. Jika sesi yang dijalankan ialah ‘perbincangan’, isu yang harus diketengahkan haruslah terbuka untuk berbincang dan anda harus buang keadaan ’saya mahu menang’ dan tukarkan kepada ’saya seorang yang terbuka’. Tetapi jika ianya satu sesi debat, ‘attitude’ anda ialah ‘isi saya adalah yang terbaik’. Ada ketika anda perlu berteloransi bagi menonjolkan jiwa ‘keterbukaan’ dan boleh menerima pendapat orang lain, dan ada ketikanya anda perlu berkeras bagi menonjolkan ‘ketegasan’ yang menjadi tunjang pemimpin yang berkredibiliti. Dalam kata lain, anda sedang membina reputasi sebagai seorang yang boleh berbincang dan sebagai seorang pemimpin yang berprinsip.

Pada situasi manapun anda berada, nilai dahulu kehendak ujian. Itu terletak kepada kebijakan anda dan ketahuilah bahawa setiap sesi yang bakal anda lalui sepanjang proses pemilihan dalam menjawat jawatan dalam kerajaan telah dirancang dan mempunyai skop nilaian yang tersendiri jadi mengapa anda hadapinya dengan sambil lewa?


Adakah anda seorang yang 
BIJAK BERCAKAP 
atau
PANDAI BERCAKAP? 
Apa pendapat anda?

p/s : untuk difikirkan bersama...

Erti Sebuah Pengorbanan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Marilah sama-sama kita melafazkan rasa syukur kepada Allah Taala kerana dengan rahmat dan kasih sayangnya, kita diberikan peluang oleh Allah Taala untuk terus menghirup udara tanpa sebarang bayaran , lantas memungkinkan kita untuk bertemu dengan Idul Adha yang merupakan satu simbul kemenangan umat Islam.

Lafaz talbiah yang diucapkan oleh para tetamu Allah di bumi Makkah merupakan satu ikrar yang mengandungi janji setia seorang hamba terhadap Khaliqnya untuk menjadi seorang yang akan taat, tunduk dan patuh tanpa berbelah bagi , tanpa ada di sana unsur syirik yang menduakan Allah dalam segala segi.

Ruh ucapan talbiah ini di samping takbir yang kita lafazkan sepanjang hari tasyrik ini , sepatutnya bukan sekadar menanam ucapan di bibiran semata-mata namun wajib untuk kita fahami maksud dan pengertiannya , yang pastinya membuahkan kekerdilan jiwa seorang insan di hadapan keagungan tuhan.

Takbir yang dilafazkan pasti menguit hati untuk memikirkan betapa besar dan agungnya Allah tuhan sekalian alam. Allah yang kita sembah, kita puji, kita agung-agungkan, kita nyatakan dihadapanNya kelemahan kita.

Nabi Musa Kalimullah yang satu ketika dahulu berada dalam keadaan tersepit antara lautan yang terbentang di hadapan dan Firaun yang mengejar di belakang. Tiada daya seorang manusia untuk menyelamatkan diri ketika itu melainkan hanya menyerahkan sepenuh pengharapan kepada Allah , lantas Allah membantu kekasihNya dengan menghancurkan si taghut yang bongkak menyatakan "Aku lah Tuhanmu Yang Maha Tinggi " dengan menenggelamkan seluruh bala tentera Firaun laknatullahi alaih.

Utusan terakhir, Rasulullah kekasih hati ketika dalam suasana yang sangat menyesakkan nafas mukmin dan muslim yang diasak oleh paduan kekuatan kuffar dalam peperangan Khandak, tiada daya dan usaha seorang manusia yang boleh melepaskan kaum muslimin ketika itu yang keadaan mereka umpama telur di hujung tanduk namun Allah lah yang telah menghancur dan melenyapkan kekuatan musuh dengan memberikan kemenangan kepada golongan mukmin yang tabah berada di bawah panji-panji Islam yang dikibarkan oleh baginda rasul SAW.

Maha Suci Allah yang sangat gagah menghancurkan tipu daya musuh. Maha Suci Allah yang sangat gagah dalam memberikan kemenangan kepada hambaNya yang beriman.

Itulah hakikat kebesaran Allah dalam memporak-perandakan setiap perancangan jahat golongan yang ingin memastikan penganut agama Allah mampu untuk dibunuh dan diperkotak-katikkan namun seakan musuh Allah lupa bahawa cahaya Allah akan terus menjuarai setiap pertempuran walau sehebat manapun perancangan seorang yang bernama manusia.

'Mereka mahu memadam cahaya agama Allah dengan mulut - mulut mereka , tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya agamanya .'



Generasi penggerak kebangkitan Islam

Setiap kali kita menerima tanggal 10 Zulhijjah, pastinya lembaran silam akan bermain di lubuk sukma , memutarkan kembali kisah seorang hamba Allah yang taat melaksanakan perintah Al-Rabb , di samping kesabaran seorang anak dan seorang ibu dalam mematuhi perintah Allah.

Betapa agung keluarga ini yang sanggup membuang resah hati seorang insani demi erti sebuah ketaatan. Allah berfirman di dalam Al-Quran menyatakan ketulusan hati Nabi Ibrahim :

'Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini dan sesungguhnya dia pada hari akhirat kelak tetaplah terdiri dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).
(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: Berserah dirilah (kepadaKu wahai Ibrahim)! Nabi Ibrahim menjawab: Aku berserah diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.'

Bayangkan suasana ketika Allah memerintahkan nabi Allah Ibrahim untuk menyembelih anak kesayangannya sendiri, Ismail Alaihissalam.

Sungguh perintah ini sangat menyayat hati. Hati ayah manakah yang akan tergamak menyembelih darah dagingnya sendiri? Hati ibu manakah yang tidak akan tersentuh apabila anak kesayangannya ditakdirkan mati di tangan suaminya sendiri. Seakan dunia ini sudah tidak punya ertinya lagi seandainya kehidupan ini dilalui tanpa insan tersayang.

Namun apabila di sana berlaku pertembungan antara tuntutan Allah dan runtunan jiwa, mukmin sejati akan pasrah dan tunduk memuliakan perintah penciptanya. Itulah yang berlaku dalam keluarga soleh ini.

Si ayah melemparkan rasa kasihannya demi kerana Allah.
Si ibu tega menyeka air matanya semata-mata rindu kepada cinta Allah.
Si anak sabar dalam menghadapi ujian kematian semata-mata kerana redha dan menyakini bahawa diri ini adalah kepunyaan Allah.

Namun Allah tidak berlaku zalim terhadap hambanya. Arahan yang dikeluarkan hanya untuk mencuit hati insan sepanjang zaman agar menginsafi erti sebuah pengorbanan.

'Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.'

Persoalannya adakah kita benar-benar meletakkan ketaatan kepada Allah melebihi segala-galanya? Adakah benar kita telah menjadi seorang yang mempraktikkan ikrar setia harian kita dan ia benar-benar terlaksana?

Kita sedih dengan apa yang menimpa generasi Muslim yang kian parah jati dirinya. Akhlak yang merudum, keperibadian yang kian bernanah memburukkan lagi usaha untuk mencari redha Allah.

Budaya ikhtilat ( pergaulan bebas ) yang menyemarakkan api nafsu di kalangan muda mudi yang sunyi daripada syariat Islam semakin menjadi-jadi. Sang jejaka sudah tidak segan silu untuk menodai sang gadis demi cinta kononnya . Kemudahan teknologi dan tamadun moden yang ada , digunakan bagi memohon murka dan kebencian Allah.

Budaya untuk mengimarahkan rumah Allah semakin dipinggirkan. Rumah Allah sepi tanpa dihiasi dengan solat berjemaah tanda kepatuhan kepada Allah , seakan-akan tidur dan dunia lebih besar daripada menyahut panggilan Allah.

Apakah ini tanda bahawa ruh pengorbanan nabi Ibrahim sekeluarga sudah mampu untuk kita realisasikan dalam kehidupan kita sehari-hari? Adakah ini model terbaik kepada satu peribadi yang bakal menjadi galang ganti kepada perjuangan para nabi? Nabi SAW menyatakan:

'Demi Allah! Bukanlah kefakiran yang paling aku takutkan bakal menimpa kamu tetapi aku aku takut seandainya kamu akan dibentangkan dunia di hadapanmu lantas kamu bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya sebagaimana umat sebelummu berusaha untuk mendapatkan dunia lantas dunia menghancurkan kamu sebagaimana dunia telah menghancurkan umat sebelum kamu.'

Sudah sampai masanya kita kembali menyatakan ketaatan kita kepada Allah dengan meninggalkan perkara-perkara mungkar yang semakin membarah di kalangan kita agar Allah memberikan peluang kepada kita untuk dipilih menjadi penggerak ummah bertuah ini.Allah berfirman:

'Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).'

Ibadah korban yang disyariatkan pada hari raya Idul Adha ini merupakan simbolik kepada memperingati pengorbanan yang luar biasa yang dipersembahkan oleh Nabi Allah Ibrahim sekeluarga. Korban di sisi Islam dilaksanakan semata-mata mengharap redha Allah Taala berbeza dengan korban yang dilaksanakan oleh masyarakat jahiliyyah yang dipersembahkan kepada Al-Latta dan Al-Uzza.

Allah tidak menginginkan darah serta daging binatang yang disembelih namun keikhlasan yang lahir daripada hambaNya akan menganugerahkan penerimaan ibadah tersebut. Menifestasi pengorbanan ini perlu diserapkan untuk mendarah daging dalam setiap jiwa umat Islam.

Namun, seandainya kita meneliti realiti keadaan umat Islam hari ini, kita akan dapati betapa jauhnya mereka dengan nilai pengorbanan yang meletakkan kemahuan Allah itu di puncaknya. Umat Islam sangat parah dengan pelbagai penyakit yang membawa kepada kejauhan daripada kasih sayang Allah.

Mereka dihinggapi dengan penyakit krisis keyakinan terhadap kemampuan Islam sebagai jawapan dalam semua permasalahan. Betapa ramai di kalangan umat Islam yang tidak mahu berjuang untuk meletakkan Islam kembali dijulang. Islam dianggap sebagai upacara keagamaan semata-mata. Islam dianggap bukan penyelesaian kepada masalah kenegaraan, politik, ekonomi, sosial dan undang-undang.

Teori ortodok memisahkan agama daripada kehidupan masih dianuti. Mereka cuba untuk meracuni jiwa muslim agar beriman dengan kata-kata yang menjadi asas teori sekularisme:

Serahkan urusan pemerintah kepada pemerintah dan serahkan urusan Allah kepada Allah

Ulamak dipersenda. Kata-katanya dianggap kolot dan ketinggalan zaman. Budaya hiburan tanpa batasan Islam semakin menular di dalam jiwa muda-mudi Islam. Ulama bisu cuba untuk memesongkan agama Allah semata-mata kerana sekelumit habuan dunia . Agama Allah cuba untuk dicabuli.

Undang-undang Allah dianggap sebagai undang-undang rimba yang hanya membawa negara kepada kemunduran. Murtad semakin menjadi-jadi. Zina seperti perkara biasa.

Demi tuhan Kaabah ! Allah sama sekali tidak akan memberikan kemenangan kepada umat Islam selagi mana ummat ini tidak mahu tunduk dan patuh kepada Allah. Allah akan terus menjadikan umat ini hina di sisi musuh selagi mana mereka masih lagi betah untuk mengabdikan kehidupan mereka dengan sistem jahiliyyah moden rekaan tangan-tangan manusia yang dicipta tanpa mengambil peduli kehendak Allah Rabbul Alamin.


'Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.'

Kata pujangga:

· apabila iman sudah lenyap maka tiada lagi erti keamanan,
· dan sesungguhnya tiada erti kehidupan dunia bagi orang yang tidak mendirikan agama,
· sesungguhnya orang yang redha menjadikan kehidupan dunianya sunyi daripada agama,
· dia telah menjadikan kehancuran itu sebagai teman karibnya.

Sesungguhnya kita ini merupakan satu ummat yang dimuliakan oleh Allah semata-mata kerana Islam. Apabila kita cuba untuk mencari kemulian selain daripada Islam maka yakinlah bahawa kita akan dihina oleh Allah Taala.

Wahai hamba Allah ! Wahai insan yang mengakui kebesaran dan keagungan Allah. Adakah kamu mengambil segala apa yang berlaku ini sebagai satu tarbiah dan tazkirah buat diri kamu? Adakah kamu masih lagi berasa aman daripada kemurkaan Allah?

Adakah kamu tidak memikirkan langsung walau sejenak bahawa Allah mampu untuk menghancurkan kamu dan insan sekelilingmu , lantaran maksiat dan perderhakaan yang kamu persembahkan kepada Rabbul Alamin? Apakah kamu masih menyangka bahawa azab yang pedih daripada Allah yang pernah ditimpakan kepada umat sebelummu seakan-akan satu dongengan yang tidak akan sama sekali menimpamu?

Insafilah duhai sahabat yang bakal menjadi pewaris perjuangan para nabi dan rasul agar kita benar-benar berusaha untuk menjadi hamba Allah yang berusaha untuk membentuk syakhsiah yang terpuji. Pasakkan kembali ruh pengorbanan Nabi Ibrahim, Ismail dan Hajar di sanubari kita.

Berusahalah untuk kalian meraih cinta abadi daripada Rabbul Izzati dengan usaha gigih meninggalkan segala sifat cela yang hanya akan mengundang benci dan murka dariNya.

Wahai hamba Allah yang beriman kepada aqidah Islam yang Maha Suci. Marilah kita sama-sama memikirkan nasib umat Islam yang semakin hari semakin tenat dibunuh, ditindas dan dianiaya tanpa sebarang dosa.

Allah taala mampu untuk memberikan kemenangan kepada umat Islam apabila umat bertuah ini sudah sedar dan mahu kembali menyandang amanah jihad bagi memastikan kitab Allah dan sunnah RasulNya kembali menjuarai sistem kehidupan sejagat.



**Artikel ini adalah hasil karya Ustaz Nasruddin Tantawi yang menulis di blog beliau, http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/ dan telah diolah oleh editor.

p/s : SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA... (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...