Wednesday, February 15, 2012

PERTANDINGAN DEBAT DIRAJA 2011/2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

moga-moga semua sahabatku sihat sentiasa..
baiklah.. kali ni kongsi cerita sepanjang Debat Royal 11/12


Royal kali ni diadakan seperti butiran berikut : 
Tarikh : 11-16 Februari 2012
Tempat : Universiti Sains Malaysia

Seperti kebiasaan, Royal akan mengasingkan 2 kategori untuk Bahasa Melayu,
1. Kategori Muda
2. Kategori Utama

untuk siri kali ini, aku sekali lagi memikul amanah untuk 
beraksi dalam kumpulan junior seperti edisi yang lalu.. aku masih tidak layak
untuk beraksi dalam kategori utama.. banyak benda yang perlu aku pelajari lagi..

sebanyak 6 pusingan saringan yang perlu dilalui untuk ke pusingan kalah mati..
dalam 6 saringan ini, antara universiti yang telah kumpulan aku lawan adalah
UKM Utama, UMS Muda, UMK Muda, UTP Muda, UTEM Muda, SWING..

dan kali ini aku beraksi untuk posisi ketiga, yang mana aku telah lama meninggalkan posisi ini selama hampir setahun.. terakhir beraksi sebagai posisi ketiga adalah pada Pertandingan Debat Perpaduan 2010 semasa semester 1.. kahkahkah.. LUCU!! cuma, pada perlawanan saringan ke5 dan ke6 aku 'switch' ke posisi kedua..

Btw, daripada 6 perlawanan kami cuma memenangi 2 perlawanan dan aku berjaya mendapat 3 kali best speker walaupun bukanlah best sgt.. kahkahkah..!!

rakan-rakan seperjuangan!!

hisyam, azam, zalie, shikin.. =)
PENGAJARAN :

1. ofkos lah aku bnyk belajar tentang debat..

2. belajar membuat analisis dengan lebih baik.. sebab jadi 3rd speker kan.. huhuhu..

3. belajar memimpin kumpulan.. sebab sebelum ini aku just ikut je team aku..
baru aku taw betapa peritnya tugas kawan2 aku dulu.. haha..

4. belajar untuk tampil dengan penuh keyakinan dihadapan org walaupun sebenarnya
masa itu kepala tengah blurrr.. senyummmm dan yakin BEAUTY!! nak taw rahsia..??
INNERSHINE LAHHH!! kah3.75X...

5. dah lah... tak yah banyak.. nnt over plak org ckp.. huhuhu..

4 sebelah kiri team UTAMA.. 4 sebelah kanan team MUDA

AKU BERAZAM SEBELUM AKU HABIS STUDY KAT UPSI AKU AKAN PASTIKAN UPSI BERADA DI PENTAS FINAL TAK KIRALAH AKU ATAU KAWAN2 AKU YANG BERADA D PENTAS FINAL TU..!! TAPI LAGI SWEET KALAU AKU SALAH SORANG YANG BERADA DI PENTAS FINAL NNT!! USAHA..!!

Friday, February 3, 2012

BUAH HATIKU..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

selamat hari jumaat semua..
kali ni saya nak kongsi beberapa gmbr yang banyak membuat saya
GEMBIRA!! RIANG!! GERAM!! X PUAS HATI!! dan sebagainya sepanjang kat sabah..
harharharhar... =)

 Alia dan Alfi.. =)

 Alfi dan Ben10nya.. huhu..

 Alfi dan Zairul.. =)

 Alfi, Zairul dan Alia.. gedik lah dorang ni.. hahaha..

 Mr. Zairul.. katanya hensem dia 'tajam'.. kahkah.. 

 Alia.. si Gadis yang cengeng!! huhu..

 eh, 'comel'nye..!! lalalal~~

 whoa..!! 'comel'nyee.. hikhikhik..
bersama ngan zairyl, adik zairul.. 

berehat sebentar sambil menonton kartun.. hehehe.. 

#semoga kalian menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.. berjaya dengan cemerlang.. =)
*'comel'nyeee.. hahahahahhaha..!!

Thursday, February 2, 2012

KEPERCAYAAN

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. 

moga sahabat semua sentiasa dinaungi rahmat illahi.. 
rasa macam nak exercise sikit jari-jemari ni.. huhu.
so, kali ni nak kongsi elmu yang saya dapat ngan korang.. 
tentang dia.. eh, silap.. tentang KEPERCAYAAN.. =)


Dalam hidup ini kita sememangnya tidak boleh hidup bersendirian sahaja.
kita hidup saling bergantungan dengan orang lain (give and take, take and give).. 
banyak perkara yang kita lakukan memerlukan pertolongan orang lain juga.
jadi adalah penting untuk kita percaya kepada orang yang kita ingin meminta pertolongan itu.
begitu juga sebaliknya kita perlu membuat orang lain selesa dan percaya kepada diri kita.
MASALAHNYA... bukan senang hendak mendapatkan kepercayaan orang lain kepada diri kita!!

Bagaimana cara terbaik untuk meraih kepercayaan orang lain terhadap diri kita..?? 
saya akan kongsi kepada anda beberapa cara mudah yang saya perolehi daripada laman ini.. 

1) Percaya Dan Yakin Dengan Diri Sendiri.
Keyakinan diri adalah satu aspek penting yang dilihat oleh orang lain terhadap diri kita. Jika kita tidak percaya kepada diri sendiri bagaimana orang lain hendak percaya kepada kita. kita perlu yakin dan percaya dengan kebolehan diri kita. Anggaplah diri kita sebagai orang penting kepada orang lain. Apabila melakukan sesuatu perkara lakukan dengan sebaiknya dan percaya dengan yakin apa yang kita lakukan itu betul. Buangkan sifat ragu-ragu kerana ia boleh melemahkan kepercayaan dalam diri kita sendiri.
2) Bersikap Jujur Dan Amanah.
Kejujuran adalah satu amalan yang sangat mulia. Orang yang jujur akan digemari oleh orang lain. Orang yang jujur juga akan mempunyai ramai kawan. Kejujuran adalah asas penting dalam sebuah persahabatan. Tanpa kejujuran sebuah persahabatan boleh terputus. Rugilah bagi mereka yang tidak jujur dalam hidupnya. Jagalah amanah yang diberikan oleh orang lain kepada kita.
3) Suka Membantu Orang Lain.
Sifat suka membantu orang lain besar pahalanya. Bantulah orang lain dengan niat yang ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. kita melakukannya supaya mendapat keredhaan Allah. Bantulah orang lain yang memerlukan bantuan dari kita mengikut kemampuan diri kita. Jika kita rasa kita boleh bantu maka bantulah, jika kita rasa tidak boleh tidak mengapa. Orang lain sudah tentu akan menghargai diri kita jika kita banyak membantu mereka.
4) Menjaga Percakapan Dan Perbuatan.
Mulut adalah anggota badan yang sangat penting untuk dijaga. Jika tidak dijaga ia akan menyusahkan diri kita sendiri. Elakkan dari perbuatan buruk yang datang daripada mulut ni. Bercakap hanya perkara yang benar. Jauhi sifat suka bercakap bohong. Apabila bersama dengan orang lain jagalah percakapan kita. Gunakan bahasa yang baik apabila bercakap dengan mereka. Bercakap perkara baik dan benar akan meraih kepercayaan orang lain kepada kita.
5) Sentiasa Menepati Janji.
Jangan sesekali memungkiri janji yang telah dibuat. Apabila memungkiri janji orang lain tidak akan mempercayai kita lagi. Jangan mudah berjanji sesuatu jika anda tidak yakin dapat menunaikannya. Jika kita yakin yang kita mampu menunaikan sesuatu janji itu barulah kita boleh berjanji. Janji itu bukan perkara main-main kerana jika selalu memungkiri janji boleh membuat orang lain benci kepada kita.
6) Menghormati Orang Lain.
Tidak kira siapa yang kita kenal, hormatilah mereka seperti kita menghormati diri sendiri. Jika kita seorang yang merendah diri, itu adalah satu sifat yang sangat disukai oleh sesiapa sahaja. Hormatilah sesiapa yang telah memberi pertolongan dalam hidup kita. Hargai jasa yang telah mereka lakukan kepada kita. Balaslah kebaikan yang mereka berikan kepada kita mengikut kemampuan diri kita.
Kesimpulannya, Apa sahaja perkara atau cara yang kita lakukan untuk meraih kepercayaan orang lain hendaklah dilakukan dengan ikhlas. Jangan cuba meraih kepercayaan orang lain hanya kerana mempunyai niat-niat yang tidak baik disebaliknya. Apabila kita mula dipercayai oleh orang lain, hargailah kepercayaan tersebut dengan melakukan perkara-perkara yang baik kepada mereka. Lakukanlah yang terbaik untuk diri kita dan juga orang lain. InsyaAllah semua orang akan mendapat manfaat...




credit to LayarSukses..
p/s : percayalah padaku...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...