Thursday, February 2, 2012

KEPERCAYAAN

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. 

moga sahabat semua sentiasa dinaungi rahmat illahi.. 
rasa macam nak exercise sikit jari-jemari ni.. huhu.
so, kali ni nak kongsi elmu yang saya dapat ngan korang.. 
tentang dia.. eh, silap.. tentang KEPERCAYAAN.. =)


Dalam hidup ini kita sememangnya tidak boleh hidup bersendirian sahaja.
kita hidup saling bergantungan dengan orang lain (give and take, take and give).. 
banyak perkara yang kita lakukan memerlukan pertolongan orang lain juga.
jadi adalah penting untuk kita percaya kepada orang yang kita ingin meminta pertolongan itu.
begitu juga sebaliknya kita perlu membuat orang lain selesa dan percaya kepada diri kita.
MASALAHNYA... bukan senang hendak mendapatkan kepercayaan orang lain kepada diri kita!!

Bagaimana cara terbaik untuk meraih kepercayaan orang lain terhadap diri kita..?? 
saya akan kongsi kepada anda beberapa cara mudah yang saya perolehi daripada laman ini.. 

1) Percaya Dan Yakin Dengan Diri Sendiri.
Keyakinan diri adalah satu aspek penting yang dilihat oleh orang lain terhadap diri kita. Jika kita tidak percaya kepada diri sendiri bagaimana orang lain hendak percaya kepada kita. kita perlu yakin dan percaya dengan kebolehan diri kita. Anggaplah diri kita sebagai orang penting kepada orang lain. Apabila melakukan sesuatu perkara lakukan dengan sebaiknya dan percaya dengan yakin apa yang kita lakukan itu betul. Buangkan sifat ragu-ragu kerana ia boleh melemahkan kepercayaan dalam diri kita sendiri.
2) Bersikap Jujur Dan Amanah.
Kejujuran adalah satu amalan yang sangat mulia. Orang yang jujur akan digemari oleh orang lain. Orang yang jujur juga akan mempunyai ramai kawan. Kejujuran adalah asas penting dalam sebuah persahabatan. Tanpa kejujuran sebuah persahabatan boleh terputus. Rugilah bagi mereka yang tidak jujur dalam hidupnya. Jagalah amanah yang diberikan oleh orang lain kepada kita.
3) Suka Membantu Orang Lain.
Sifat suka membantu orang lain besar pahalanya. Bantulah orang lain dengan niat yang ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. kita melakukannya supaya mendapat keredhaan Allah. Bantulah orang lain yang memerlukan bantuan dari kita mengikut kemampuan diri kita. Jika kita rasa kita boleh bantu maka bantulah, jika kita rasa tidak boleh tidak mengapa. Orang lain sudah tentu akan menghargai diri kita jika kita banyak membantu mereka.
4) Menjaga Percakapan Dan Perbuatan.
Mulut adalah anggota badan yang sangat penting untuk dijaga. Jika tidak dijaga ia akan menyusahkan diri kita sendiri. Elakkan dari perbuatan buruk yang datang daripada mulut ni. Bercakap hanya perkara yang benar. Jauhi sifat suka bercakap bohong. Apabila bersama dengan orang lain jagalah percakapan kita. Gunakan bahasa yang baik apabila bercakap dengan mereka. Bercakap perkara baik dan benar akan meraih kepercayaan orang lain kepada kita.
5) Sentiasa Menepati Janji.
Jangan sesekali memungkiri janji yang telah dibuat. Apabila memungkiri janji orang lain tidak akan mempercayai kita lagi. Jangan mudah berjanji sesuatu jika anda tidak yakin dapat menunaikannya. Jika kita yakin yang kita mampu menunaikan sesuatu janji itu barulah kita boleh berjanji. Janji itu bukan perkara main-main kerana jika selalu memungkiri janji boleh membuat orang lain benci kepada kita.
6) Menghormati Orang Lain.
Tidak kira siapa yang kita kenal, hormatilah mereka seperti kita menghormati diri sendiri. Jika kita seorang yang merendah diri, itu adalah satu sifat yang sangat disukai oleh sesiapa sahaja. Hormatilah sesiapa yang telah memberi pertolongan dalam hidup kita. Hargai jasa yang telah mereka lakukan kepada kita. Balaslah kebaikan yang mereka berikan kepada kita mengikut kemampuan diri kita.
Kesimpulannya, Apa sahaja perkara atau cara yang kita lakukan untuk meraih kepercayaan orang lain hendaklah dilakukan dengan ikhlas. Jangan cuba meraih kepercayaan orang lain hanya kerana mempunyai niat-niat yang tidak baik disebaliknya. Apabila kita mula dipercayai oleh orang lain, hargailah kepercayaan tersebut dengan melakukan perkara-perkara yang baik kepada mereka. Lakukanlah yang terbaik untuk diri kita dan juga orang lain. InsyaAllah semua orang akan mendapat manfaat...




credit to LayarSukses..
p/s : percayalah padaku...

1 comment:

din36 said...

zali kata : beliau sentiasa mempercayai mu... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...