Wednesday, August 10, 2011

KURMA...

Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh....

apa khabar rakan-rakan sekalian..? ^_^
moga kalian sihat sejahtera..
selamat berpuasa di bulan yang mulia ini..

baiklah, kali ni saya nak citer pasal KURMA.. 
hehehehe..


almaklumlah.. sekarangkan bulan posa..
haruslah kurma ni akan menjadi hidangan ber"sungkai" dan bersahur..
kam.. kam.. kam.. ^_^

k, saya jumpa artikel ni kat dlm buku ana muslim kat tempat kerja saya..
so, nak kongsikan ngan korang semua..
(walaupun korang dah taw kan.. -_-" .. fine..)

manfaat buah kurma :

1. Mencerdaskan otak/minda, menguatkan daya ingatan
dan membantu dalam proses tumbesaran. Membentuk sifat sabar dan sopan,
dan jiwa yang luhur.


2. Sebagai agen pembunuh kuman dalam badan, 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Barangsiapa yang memakan tujuh butir tamar setiap hari, 
ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya."
(hadis riwayat sayidina Ali)

3. Mencegah penyakit seperti sakit jantung dan kencing manis
kerana kurma mengandungi potasium, kalsium dan zat besi; bagus untuk
menyihatkan sel-sel darah merah.


4. Memberikan tenaga segera selepas 13 jam berpuasa.
Berpuasa membuatkan seseorang kehilangan glukosa dan air lalu 
terjadinya penyempitan dada dan gangguan pada tulang.
Berbuka puasa dengan kurma dapat mengembalikan kesegaran 
pada tubuh dengan cepat, ini akan menghalang kita makan 
berlebihan, seterusnya memudahkan kita untuk menunaikan
solat fardhu dan solat sunat tarawih.

info tambahan :
1. Kurma disebut-sebut di dalam al-Quran sebanyak 20 kali
dengan menggunakan istilah Nakhl, an-Nakhiil dan an-Nakhlah.

2. Makanlah buah kurma atau minum jus kurma jika 
rakan-rakan ada masalah batuk dan gatal-gatal kerongkong..

pokok kurma

p/s : ikhlas lah dalam bersahabat.. insyaAllah pasti akan menemui kemanisannya.. semanis buah kurma yang bnyk faedahnya..

1 comment:

Nurliyana Adnan said...

persahabatan yg ikhlas akan menautkan hati dibawah kasihNya.
-kurma berkhasiat..tahniah bg yg pndi makannya-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...