Thursday, June 21, 2012

IPOH Part 2

Assalamualaikum w.b.t

fuhh.. lega otak ni bila dah rehat sikit.. hihihi.. so, citer kat ipoh tak berhenti sampai kat Jabatan Alam Sekitar jak... boleh kata setengah hari kami kat Bandar Klasik Ipoh tu.. hehee.. 

lepas kami settle urusan kat JAS, kami berempat pun blurr nak wat apa.. hahahha.. hampir gaduh gak kami nak tentukan destinasi seterusnya.. kikikiki.. memandangkan jam baru pukul 1.. so, kami putuskan nak round2 jap ke mall atau shopping kompleks yang berdekatan... seperti biasa, kami meyakinkan diri bertanya org yang lalu lalang berhampiran kami.. rata2 bg taw 'adik jalan lurus/terus belok kanan'.. =.=' 

kami pun redah jer lah jalan yang 'lurus' itu.. hurmmm.. siyes x nmpk pun rupa bangunan mall nya.. 
hampir berputus asa pun ada.. yang tak boleh blah nyer, ade gak org yang kami tanye tue bagi tunjukkan store.. bukan mall.. aiyakkk.. =.=' kami nak round2 lah uncle.. bukan maw beli barang.. tapi, takpelah.. tak leh salahkan jugak.. sebab kami yg bertanyakan.. hehehe.. tq uncle.. 

so, kami pun jalan jerk... dalam perjalanan tu, kami telah melalui sebuah kedai haiwan.. pet shop.. waaaaa.. gembira gilerr aku.. x lepaskan peluang lah.. pegang haiwan2 yang ada.. kucing parsi, burung kakak tua yang besar dan lain2 lagi.. hampir 40 minit gak kami habiskan masa kat kedai tue.. wakakkakakaka.. nasib beklah  geng2 aku yang berjalan ni agak menyukai haiwan gak.. so, tak lah aku syok sendiri di kedai tue.. kikikiki.. 

lepas settle kat kedai haiwan tue, kami sepakat x jadi nak pi mall sebab merasakan perjalanan agak jauh lagi.. huhuhuhu.. kali ni perjalanan kami x dipermudahkan.. mungkin berniat nak ronda2 kat sana kan.. x de kebaikan pun.. sebab tue bnyk halangan.. hihihihi.. kami kol pak cik teksi yang bg name card tue then minta hntr ke Hospital Batu Gajah... HOSPITAL..?? kenapa..?? 


tepat jam 3 petang, destination kami berempat adalah Hospital Batu Gajah.. Hospital ni agak klasik.. sebab orang Inggeris yang bina.. so, tak hairanlah rupa bentuk seni bina dan bangunan nya agak lama.. btw, tujuan kami datang ke Hospital ni sebenarnya nak lawat ayah sahabat saya.. sahabat saya Anwar Ismail.. Mantan Presiden PerGeo UPSI.. agak rapat mungkin sebab meja persatuan dorang ni sebelah meja Kelab Debat kot.. hahahha..!! nak di jadikan story, ayah anwar ni dah lama dah sakit... tapi tak berkesempatan nak ziarah.. kekangan masa dan lain2.. akhirnya, berkesempatan gak dtg menjenguk.. bukan seorang malah saya bawa plak rakan2 lain.. ^_^

sepanjang urusan kami di HBG ni, saya dapat rasakan yang urusan kami turut dipermudahkan olehNya.. apa tidak, sampai jak di HBG ni saya terus jumpe kakitangan HBG yang bertugas, pertama saya tanya di mana Wad nmbr 6, kedua tanya nmbr telefon Teksi.. kahkahkah.. almaklumlah pulang dari HBG kami kena naik teksi ke KTM Batu Gajah.. alhamdulillah, org yang kami tanya tu dapat membantu.. overoll kakitangan dan service HBG ni 1st CLASS.. serius cakap.. x caya try datang.. hehehe.. 

kami bercerita ngan ayah dan mak anwar dengan penuh keyakinan.. ketawa dan gelak adalah mainan kami.. tujuan saya hanyalah nak buat ayah anwar senyum dan gembira.. baru cepat sihat!! hehe.. yang penting, kami berempat sampai 30 minit lebih awal daripada c Anwar ni.. kahkahkah.. lawak..! mak dier memang neves sebab kami tetibe dtg mcm tue jer.. hihihi.. nasib bek mak dan ayah anwar ni agak peramah.. masuk gak lah ngan perangai kami yg bnyk cakap ni.. kuikuikui.. 

gembira gak saya bila dapat ziarah dan buat ayah Anwar ni gembira.. tambahan plak Anwar ckp dia tak pernah nampak ayah dier senyum mcm dia senyum biler bercerita ngan kami semalam.. huhuhu.. apa pun, saya doakan ayah Anwar ni cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.. (^_^)


jam 5.30 kami gerak dari HBG ke KTM Batu Gajah.. kami naik ETS blk ke Tanjung Malim.. ambik masa 1 jam perjalanan BG-TM.. train bertolak 6.30... kami sampai tepat 7.30 malam... Alhamdulillah.. 

sesungguhnya perjalanan kami semalam ke Ipoh saya dapat rumuskan sebuah perjalanan yang sangat dipermudahkan olehNya.. alhamdulillah.. semoga urusan selepas ini juga akan dipermudahkan.. urusan saya dan kalian... aminnn.. ^_^


p/s : yaqeen jah!!

1 comment:

achik said...

:)ya ALLAH permudahkan urusan hambaMU ini .. syam ! all the best :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...