Sunday, July 28, 2013

#2 Sekolah Tempat BerPraktikal

Assalamualaikum wbt...

baiklah kali ni maw cerita pasal sekolah aku... hehhee..
maksud aku, sekolah tempat aku berpraktikal menjadi seorang guru..
maknanya, aku sudah sem 7 lah.. adeii.. cepatnya masa berlalu.. fuhh..

SMK BUYONG ADIL, TAPAH..

ni lah sekolah yang melahirkan pelajar Orang Asli cemerlang Malaysia dengan mendapat 4.00 taw..
aku pun x dapat 4flat masa stpm dulu.. hahaha...! 

ni plak gambar dari depan pagar sekolah.. tu hah bilik guru.. tuee... haha..
Alhamdulillah di sekolah aku berpeluang mengajar subjek major aku di UPSI 
iaitu subjek Pengajian Am.. maknanya, student aku semua pelajar form 6... 
aku diamanahkan untuk mengajar 12 waktu pengajian am sepenuhnya tingkatan 6 rendah.. 
dan 8 masa tidak rasmi pula aku mengajar p. am tingkatan 6 atas.. RPH?? 
aku kena wat hanya untuk 12 jam tue sahaja... 8 masa lagi tak perlu sebab sekadar bantu mengajar 
kelas yang tiada guru sebab cuti bersalin.. almaklumlah kelas ting 6 ni tiada guru ganti.. 
mungkin sebab pengurusan ting6 berbeza dengan pengurusan f1-5.. huhu..    

pada minggu pertama, aku dapat rasakan aku tidak hadapi masalah untuk mengawal kelas 
sebab pelajar tingkatan 6 kan.. so, aku bersyukur sebab tuhan mempermudahkan urusan aku.. 
masuk minggu ke2 pula aku menjadi semakin serius.. sebab?? format f6 dah berbeza skrg...
setiap hujung semester ada peperiksaan.. maknanya pengajaran aku akan dinilai 
berjaya atau tidak melalui keputusan exam student akulah nnt... haha..! 
maw taknya ko menangis mcm tu..? pheww~~ 

sampai kan skrg ni aku dah tak fikir pasal aku dapat A praktikal atau tidak.. 
yang penting pelajar2 aku berjaya.. aku target dorang A.. 
kalo aku dapat A praktikal itu dah kira bonus aku dapat dari tuhan... fuhh..
hingga ke saat ini aku masih mengatur strategi nak bantu student aku.. 
dan alhamdulillah ada lah sedikit perancangan.. moga tuhan permudahkan... aminn..

k, lah.. akceli bnyk benda nak cerita ni.. tapi kalo ikutkan hati memang tak habis..
better simpan untuk entry seterusnya... kan..? hehe.. 

ada baki lebih kurang 13 minggu lagi untuk berpraktikal.. semoga tuhan permudahkan segala urusan aku untuk mendidik anak bangsa dan mendidik diri untuk menjadi insan berguna.. aminn..

p/s : sakit belakang lah plak.. entah bila nak baik ni.. hurmm...

1 comment:

Nurliyana Adnan said...

selamat berjaya cikgu! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...